Hubungan Comoros–Malaysia

Hubungan Malaysia - Comoros hampir tidak ada dan tidak diketahui umum. Kesatuan Comoros adalah negara kepulauan di Lautan Hindi, di utara Selat Mozambique, antara Madagaskar dan Mozambique. Majoriti penduduknya beragama Islam.

Bendera Malaysia
Bendera Comoros

Negara ini terdiri daripada tiga buah pulau utama iaitu Grande Comoro (Ngazidja), Anjouan (Nzwani) dan Mohéli (Mwali). Ibu negaranya ialah Moroni. Negara itu menuntut kemerdekaan pada 1975 daripada penjajahan Perancis.

Lawatan pemimpin negara

Pada 21 Julai 2009, Naib Presiden Kesatuan Comoros, Idi Nadhoim mengunjungi Kuala Lumpur dan menandatangi beberapa perjanjian persefahaman. Beliau bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Kemudian perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui serta pengurusan tertinggi Petronas.

Petronas

Petronas terlibat dalam kegiatan eksplorasi minyak dan gas di Comoros bagi membangunan negara pulau di timur benua Afrika itu. Nama Petronas semakin gah di serata dunia kerana kejayaan eksplorasi, caligali dan pembangunan hiliran petroleum dan gas asli. Semakin banyak negara menawarkan kontrak kepada Petronas kerana perjanjian yang adil kepada anak tempatan. Petronas mempunyai reputasi baik mencarigali minyak di dasar laut.[1]

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.