Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia (The Most Honorable Order of the Crown of Johor) dizahirkan pada 31 Julai 1886, bersamaan 29 Syawal 1303 Hijrah dengan cogan kata “Kepada Allah Berserah” (Unto God Resigned). Cogan kata ini menunjukkan hasrat Sultan Abu Bakar mengutamakan ajaran Islam dan membuat sesuatu pekerjaan dengan ikhlas untuk Allah SWT.
| Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia | |
|---|---|
| Dianugerahkan oleh | |
| Jenis | Perintah |
| Cogan kata | Kepada Allah Berserah |
| Status | Masih dikurniakan |
| Sultan Johor | Sultan Ibrahim Ismail |
| Kelas | Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) Setia Mahkota Johor (SMJ) |
| Statistik | |
| Pelantikan pertama | 31 Julai 1886 |
| Pelantikan terakhir | 23 Mac 2021 |
| Keutamaan | |
| Seterusnya (tinggi) | Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati |
| Seterusnya (rendah) | Darjah Sultan Ismail Yang Amat Dihormati Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi |
Reben darjah kebesaran | |
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia mempunyai tiga pangkat.[1]
Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
![]()
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) (Grand Commander) mengandungi seutas kalung (collar) diperbuat daripada emas dan enemel berbentuk rantai. Pada rantai ini terdapat enam lambang bulan dan bintang, serta berangkai dengan nama para sahabat Nabi Muhammad S.A.W., iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang diukir dalam tulisan Jawi. Di hadapan darjah tertera nama Nabi Muhammad S.A.W. kiri dan kanan dalam tulisan Jawi, disilangi dengan Cogan Agama di kiri dan Cogan Alam di kanan yang diapit ukiran dua ekor harimau. Di bahagian atasnya terukir lambang mahkota dan di bawahnya tertera cogan kata bertulisan Jawi “Kepada Allah Berserah”. Penulisan ini membuktikan pegangan Almarhum Sultan Abu Bakar kepada agama Islam.
Ia membawa gelaran Dato' bagi lelaki, isteri penerima, Datin dan bagi penerima wanita pula, ia membawa gelaran Datin Paduka dan tiada gelaran bagi suami penerima wanita.
Selain itu, bintang besar (breast badge) yang berukuran 90 mm, diperbuat daripada perak dengan lima pecahan berbentuk gelombang api, serta lambang bulan dan bintang emas di antara pecahan itu. Di bahagian tengah diukir dengan nama Nabi Muhammad S.A.W. bertulisan Jawi, manakala di bawahnya ada lambang mahkota yang di kelilingi enamel berwarna biru, dengan bahagian atasnya ditulis cogan kata bertulisan Jawi, “Kepada Allah Berserah”.
Bintang kecil (sash badge) diperbuat daripada perak mempunyai lima pecahan, beukuran 58 mm diameter. Kain selempangnya berwarna kuning dan berjalur biru di tengahnya, serta berukuran 86 mm lebar turut melengkapi darjah ini.
Senarai Penerima
- Dato' Jaafar Haji Muhammad - 1886
- Dato' Abdul Rahman Andak - 1892
- Dato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin - 1941
- Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus - 1959
- Tan Sri Mohamed Noah Omar - 1960
- Tun Abdul Razak Hussein - 1961
- Tun Dr. Ismail Abdul Rahman - 1965
- Tun Mustapha Harun - 1970
- Tun Sulaiman Ninam Shah - 1970
- Tun Abdul Rahman Ya'kub - 1971
- Tun Hussein Onn - 1972
- Tun Ibrahim Ismail - 1972
- Tun Sardon Jubir - 1972
- Tan Sri Abdul Kadir Yusof - 1973
- Tun Dr. Awang Hassan - 1977
- Tun Dr. Mahathir Mohamad - 1979
- Tun Mohammed Hanif Omar - 1980
- Tan Sri Dato' Jaffar Hussein - 1986
- Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin - 1991
- Tan Sri Dato' Haji Abdul Ghani Othman - 2004
- Tan Sri Dato' Dr. Ali Hamsa - 2013
- Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Haji Abdul Rahman - 2013
- Dato' Mohamed Khaled Nordin - 2013
- Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam - 2015
- Dato' Osman Sapian - 2018
- Dato' Haji Hasni Mohammad - 2021
Dato’ Paduka Mahkota Johor
![]()
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua, Dato’ Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) (Commander) serupa dengan bintang besar pangkat pertama tetapi bulan bintangnya diperbuat daripada perak, serta satu bintang kecil (neck badge) berukuran 58 mm diamter dan kain pitanya berwarna kuning berjalur biru di tengahnya yang berukuran 50 mm lebar.
Ia membawa gelaran Dato' bagi lelaki, isteri penerima, Datin dan bagi penerima wanita pula, ia membawa gelaran Datin Paduka dan tiada gelaran bagi suami penerima wanita.
Setia Mahkota Johor
![]()
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Ketiga, iaitu Setia Mahkota Johor (S.M.J) (Companion) mengandungi bintang kecil (breast badge) dengan pita (breast ribbon) kuning berjalur biru di tengahnya dan berukuran selebar 38 mm. Tiada gelaran bagi penerima darjah ini.
Senarai Penerima
Rujukan
- "Darjah Kebesaran". Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor. Dicapai pada 19 Januari 2021.