Viktor Axelsen

Viktor Axelsen (lahir 4 Januari 1994 di Odense) merupakan seorang pemain badminton dari Denmark. Beliau pernah memenangi Kejohanan Junior Dunia 2010 dengan mengalahkan wakil Korea, Kang Ji-wok dan menjadi pemain Eropah pertama memenangi gelaran itu. Pada 2011, beliau tewas kepada pemain Malaysia Zulfadli Zulkiffli dan memenangi tempat kedua.

Viktor Axelsen
Maklumat peribadi
Nama kelahiranViktor Axelsen
Negara Denmark
Lahir (1994-01-04) 4 Januari 1994
Odense, Denmark
Tinggi1.95 m (6 ka 5 in)
Cakat tanganKanan
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi1 (28 September 2017)
Ranking semasa2 (31 Ogos 2021[1])
Rekod pingat
Badminton perseorangan lelaki
Mewakili  Denmark
Sukan Olimpik
2020 TokyoPerseorangan lelaki
2016 Rio de JaneiroPerseorangan lelaki
Kejohanan Dunia
2017 GlasgowPerseorangan lelaki
2014 CopenhagenPerseorangan lelaki
Kejohanan Eropah
2012 KarlskronaPerseorangan lelaki
2014 KazanPerseorangan lelaki
Kejohanan Junior Dunia BWF
2010 GuadalajaraPerseorangan lelaki
2011 TaipeiPerseorangan lelaki
Kejohanan Junior Eropah
2011 VantaaPerseorangan lelaki
2011 VantaaPasukan bercampuran
Profil BWF

Kerjaya

2010

Pada Oktober 2010 beliau memasuki BWF Super Series dalam acara perseorangan lelaki. Beliau menyertai Super Series Denmark 2010 dengan mengalahkan pemain dari Perancis dan ketika pusingan kedua, beliau bertemu dengan rakan senegaranya, Jan Ø. Jørgensen tetapi tewas dalam dua set.

2011

Axelsen memenangi Kejohanan Junior Eropah, dengan mengalahkan rakan sepasukan Rasmus Fladberg 21-8 17-21 21-13 ketika perlawanan akhir.

2012

Viktor Axelsen hanya sekadar naib juara ketika The Yonex IFB di Paris, tewas kepada Liew Daren 21-18 21-17.

2014

Axelsen memenangi Terbuka Switzerland ketika awal tahun 2014 dan mendapat pingat gangsa ketika bertemu dengan Lee Chong Wei pada separuh akhir ketika Kejohanan Dunia BWF 2014.

Pencapaian

Rank Tahun Kejohanan Pihak lwan Markah
Kejohanan Senior
1 2014 Terbuka Swiss Tian Houwei 21-7, 16-21, 25-23
2 2012 Terbuka Perancis Daren Liew 18-21, 17-21
Kejohanan Junior
2 2011 Kejohanan Junior Dunia Zulfadli Zulkifli 18-21, 21-9, 19-21
1 2011 Kejohanan Junior Eropah Rasmus Fladberg 21-8, 17-21, 21-13
1 2010 Kejohanan Junior Dunia Kang Ji-wook 21-19, 21-10

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.