TV9
TV9 ialah rangkaian televisyen percuma ke udara Malaysia yang dilancarkan pada 22 April 2006 sebagai anak syarikat Media Prima Berhad. Ia menyiarkan pengaturcaraan yang kebanyakannya menjurus kepada demografi Melayu. Saluran itu dahulunya wujud sebagai Saluran 9 dari 9 September 2003 hingga 3 Februari 2005 kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh pengendali. TV9 mula bersiaran 24 jam sehari pada 6 Mei 2019.
![]() | |
| Negara | |
|---|---|
| Kawasan siaran | Seluruh negara |
| Ahli gabungan | TV3 |
| Slogan | Dekat Di Hati (2006-2008) Di Hatiku (2009-2021) Janji Happy (2021-kini) |
| Ibu pejabat | Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
| Pengaturcaraan | |
| Bahasa | Melayu Hindi Indonesia Korea Thai |
| Format gambar | 1080i HDTV (16:9) |
| Pemilikan | |
| Pemilik | Media Prima Berhad (CH-9 Media Sdn Bhd) |
| Saluran kembar | TV3 ntv7 (DidikTV KPM) 8TV Drama Sangat Wow Shop |
| Sejarah | |
| Dilancarkan | 22 April 2006 |
| Nama dahulu | Channel 9 {2003 ~ 2005} |
| Pautan | |
| Laman web | www |
| Ketersediaan | |
| Terestrial | |
| Saluran 109 | |
| Satelit | |
| Saluran 149 | |
| Saluran 149 | |
| IPTV | |
| Saluran 109 (HD) | |
| Media penstriman | |
| Tonton | Watch live (Malaysia sahaja) (HD) |
| Unifi TV | playTV@unifi |

Sejarah
Sebagai Channel 9


TV9 yang bermula sebagai Channel 9 beroperasi pada 9 September 2003. [1] Ia memfokuskan program berbahasa Cina, Inggeris, Tamil dan Indonesia dan juga program tempatan. Slot untuk program berbahasa Cina disiarkan dari jam .
Program Bahasa Melayu pula mengambil alih siaran dari 8:00 hingga 9:30 malam. Ini diikuti dengan program berbahasa Cina yang bersiaran dari 9:30 malam hingga 1:00 pagi. Kemudian, pada Mei 2004, Anaza Sdn Bhd, pemilik https://THR.fm, mengawal hak milik majoriti daripada Medanmas Sdn Bhd. Rentetan daripada itu, Channel 9 melancarkan cogan katanya, "Malaysia…lah!", pada Jun 2004.
Pada masa itu, slot "Hindi Power" untuk program bahasa Hindi dan "Raaga" untuk program bahasa Tamil diperkenalkan. Ia disiarkan setiap hari dari jam 4:00 hingga 6:00 petang untuk program bahasa Hindi, manakala program bahasa Tamil ke udara dari jam 6:00 petang hingga 8:00 malam. "Gegar", slot untuk program bahasa Melayu pula disiarkan pada waktu perdana setiap hari, iaitu selepas siaran berita bahasa Melayu pada jam 8:00 malam.
Program Bahasa Cina pula disiarkan pada jam 9:30 malam sehinnga 12:30 tengah malam setiap Isnin hingga Khamis dibawah slot "Zhong Hua Shi Jie". Program Bahasa Inggeris hanya disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad menerusi slot "Treats" dari jam 1:00 petang ~ 4:00 petang.
Pada 1 Januari 2005, Channel 9 mengumumkan pemberhentian operasinya pada 3 Februari 2005 untuk tujuan penyusunan semula kredit dan korporat. Setelah dibeli oleh Media Prima, syarikat media terbesar di Malaysia, Channel 9 dinamakan @TV9 dan Bukhari Che Muda dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang baru…!
Dijenamakan sebagai TV9
TV9 memulakan siaran percubaannya pada 1 Januari 2006 dan operasi sepenuhnya bermula pada 22 April 2006 meliputi seluruh Semenanjung Malaysia. Sejak 28 Disember 2006, ia meluaskan liputannya ke Sabah dan Sarawak melalui penyedia televisyen berbayar Astro. Cogan katanya yang baru ialah "Dekat Di Hati".[2] Kali ini, TV9 memfokuskan programnya kepada penonton berbahasa Melayu tradisional. Walaupun rancangannya menumpukan kepada Bangsa Melayu, bangsa-bangsa yang lain tidak diketepikan. Siaran TV9 juga menyiarkan program Cina, Korea, Jepun, dan juga India setiap minggu. Program bahasa Inggeris seperti Crocodile Hunter, Mutant X, Band Of Brothers, dan Guiness World Records juga disiarkan.
Buletin TV9
Sejak 1 Januari 2007, TV9 menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu "Buletin TV9". Semenjak TV9 memulakan siarannya pada 22 April 2006, ia menyiarkan "Edisi 7", dengan ehsan ntv7. Liputan 9 ialah rancangan berita waktu perdana, semasa ia dalam siaran sebelumnya, ehsan Bernama. Slot berita Edisi 7 selama 30 minit yang pertama, ehsan ntv7, ntv7 juga disiarkan beberapa bulan sebelum penyiaran tamat. Mereka dipilih daripada 5000 orang yang diujibakat. Buletin TV9 dibawakan secara langsung dari Studio C di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor.
Pada 1 Ogos 2021, Buletin TV9 telah menukar waktu siarannya pada jam 7:00 malam setiap hari.
TV Pendidikan
Antara 2007 dan 2008, TV9 berkongsi masa siaran dengan TV Pendidikan, rangkaian televisyen pendidikan negara, pada waktu persekolahan selepas mengambilalihnya dari RTM dan Astro. Selepas TV Pendidikan diberhentikan siarannya pada 31 Disember 2008, TV9 bersiaran sepenuhnya pada waktu pagi mulai 1 Januari 2009.
TV Interaktif
TV9 juga menonjolkan perkhidmatan TV Interaktif yang bermain video muzik dan pada waktu yang sama, penonton-penonton boleh bersembang melalui SMS dari pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dan juga dari 12:00 tengah malam hingga 1:00 pagi.
Waktu Siaran
Penyiaran harian bermula dari 8:00 pagi sehingga 1:00 pagi pada hari minggu, 6:00 pagi hingga 1:00 pagi pada hari Jumaat hingga Ahad dan cuti am kecuali pada bulan Ramadan dimana ia bersiaran 24 jam sehari, sedangkan penyiaran rasmi bermula dari pukul 12:00 tengah hari sehingga 12:00 tengah malam. TV9 bersiaran dari pukul 7:30 pagi (Isnin - Jumaat, 7 pagi pada Sabtu dan Ahad) sehingga pukul 1 pagi hari berikutnya.
Pada 6 Mei 2019, TV9 kini bersiaran 24 jam sehari.
Slot TV9
Kanak-kanak akan dihiburkan dari pukul 2:30 petang hingga 5:30 petang setiap hari (blok Nick @ TV9) dengan kartun Nickelodeon yang dialih suara dalam bahasa Malaysia. Kartun-kartun tersebut adalah seperti Spongebob Squarepants, Hey Arnold, Chalkzone, Dora the Explorer, CatDog, Winx Club, Avatar: The Legend of Aang dan banyak lagi. Selain itu, anime dari Jepun juga ditayangkan seperti Beyblade, Inuyasha, Dragon Ball, Digimon dan Mirmo Zibang!. Slot ini ditamatkan pada 31 Disember 2018 tetapi kembali menyiar di TV9 pada 1 September 2021 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6:00 petang hingga 6:55 petang.
Pada awal tahun 2011, TV9 melancarkan tiga slot drama bersiri iaitu Slot Aurora, Slot Oh! Mari Gelak dan Slot Ratu serta sebuah slot telefilem iaitu Skrin Di 9 yang membariskan telefilem-telefilem terbitan tempatan. Pada tahun yang sama juga, semua jenis rancangan keagamaan di saluran ini dijenamakan semula sebagai "Raudhah".
Penamatan Buletin TV9 Tengah Hari
Pada 1 November 2020, TV9 telah menamatkan Buletin TV9 Tengah Hari dan mula menyiarkan 2 berita dari TV3, iaitu Berita Terkini dan Buletin 1:30.
TV9 Bersiaran Serentak Dari Buletin FM
Pada 4 Mei 2021, TV9 telah bersiaran serentak dari Buletin FM pada pukul 3:30 pagi - 4:30 pagi setiap hari.
Penamatan Buletin 1:30 Dari TV3
Pada 1 Ogos 2021, TV9 telah menamatkan Buletin 1:30 dari TV3 serta merta dan akan digantikan dengan rancangan Senario.
TV9 Menyiarkan Rancangan Agama Tanyalah Ustaz
TV9 akan menyiarkan rancangan agama Tanyalah Ustaz bermula jam 6:50 pagi - 8:30 pagi setiap hari.
TV9 Menyiarkan Slot Wow Shop
TV9 akan menyiarkan slot Wow Shop pada jam 8:30 pagi - 12:30 tengah hari dan 2:00 - 5:00 petang setiap hari.
Waktu Perdana TV9
Dahulunya waktu perdana TV9 bermula jam 6 petang sehinggalah bermula 1 Februari 2022 waktu perdana TV9 diubah dari jam 6 ke 5 petang.
Kritikan
Pada 1 April 2016, satu siaran blok teleshopping Wow Shop telah disiarkan di seluruh saluran Media Prima. Waktu sinetron di TV9 yang dulu pada pukul 5:30 petang kini diubah pada pukul 5:00 petang sehingga pada petengahan bulan Jun 2018, slot Mutiara Hati diberhentikan dan diambil alih oleh Wow Shop.[3][4][5] Beberapa saluran Media Prima (terutama ntv7 dan TV9) lebih dipengaruhi oleh perubahan. Blok ini telah menarik kritikan yang besar di media sosial sebagai sebahagian besar daripada jadual waktu siang telah digantikan dengan Wow Shop, yang slot ini telah sebelum ini berjalan kebanyakannya ditayang, program agama dan kanak-kanak.[6]
Senarai rancangan
Rujukan
- Channel ID (2003): Channel 9 (Malaysia)
- TV9 (Malaysia) - intro (2006)
- "TV3 Malaysia". 1 April 2016. Dicapai pada 6 April 2016.
- "TV9 di Hatiku". 1 April 2016. Dicapai pada 6 April 2016.
- "Aanmelden of registreren om te bekijken". 1 April 2016. Dicapai pada 6 April 2016.
- "CJ WOW SHOP mula 1 April". Harian Metro. 1 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-17. Dicapai pada 6 April 2016.
Pautan luar
- TV9 To Commence Broadcast In April 2006. Siaran akhbar Media Prima.
- TV9 di Facebook
- TV9 di Instagram
- TV9 di Twitter
- Saluran TV9 di Dailymotion
- Saluran TV9 di YouTube

