Edisi 7
Edisi 7 merupakan rancangan berbentuk berita dan informasi terkini dari dalam dan luar negara yang disiarkan di ntv7.[1] Turut dimuatkan adalah perkembangan ekonomi, sukan dan hiburan. Edisi 7 bersiaran setiap Sabtu hingga Khamis pada 1:00 tengah hari, tetapi juga disiarkan pada 7:00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat sebelum waktu siarannya bertukar, berikutan perubahan rancangan di ntv7 pada 5 Mac 2018.
| Edisi 7 | |
|---|---|
| Format | Berita |
| Pencipta | Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima |
| Pengacara | Charles Mohan Fazilah Hani Harun Khairi Hazwan Muhammad Asri Mimi Azeera Abdullah Mohd Hamidy Mohd Saleh Nadia Mohsin Nur Halifah Ghani Syafrie Izwan Wahab Taha Rusydi Mohd Nazri Zaiti Zubir |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Fazilah Hani Harun Mimi Azeera Abdullah Mohd Redzuan Abdul Manap Nor Aziran Yunus |
| Penerbit | Haniza Hanifah Mimi Azeera Abdullah Muhammad Farhan Zainal Nor Aziran Yunus Nur Halifah Ghani |
| Tempoh siaran | 30 minit (07.04.1998 - 30.12.2018, 01.12.2020 - kini) 25 minit (31.12.2018-30.11.2020) |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | ntv7 |
| Format gambar | SDTV 480i60 4:3 (07.04.1998 - 14.06.2020) HDTV 1080i60/1440i60 16:9 (sejak 15.06.2020) |
| Siaran asal | 7 April 1998 – kini |
Waktu siaran Edisi 7 kembali ke 8:00 malam pada 1 Jun 2018, yang mana sebelum ini ialah waktu siaran sebelum Januari 2007, di mana slot tersebut digunakan oleh 7 Edition. Sebelum ini, Edisi 7 disiarkan pada 5:00 petang yang hanya dapat bertahan selama hampir tiga bulan. Dengan perubahan ini, 7 Edition berpindah ke 11:00 malam. Tetapi, ada bantahan berlaku menyebabkan Edisi 7 tukar siaran pada 2:30 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis mulai 17 Jun 2018.
Mulai 31 Disember 2018, Edisi 7 disiarkan pada jam 7:30 malam pada setiap hari.
Mulai 1 Disember 2020, Edisi 7 disiarkan pada jam 12:00 tengah hari.
Mulai 17 Februari 2021, Edisi 7 dinamakan semula sebagai Buletin Didik dan disiarkan pada jam 7:30 malam pada setiap hari.
Mulai 17 Februari 2022, Buletin Didik dinamakan semula sebagai Edisi 7 dan siaran masih jam 7:30 malam, selepas dihentikan siarannya selama setahun untuk memberi laluan kepada saluran TV pendidikan iaitu DidikTV KPM.
Penyampai berita
Terkini
- Charles Mohan
- Fazilah Hani Harun
- Khairi Hazwan Muhammad Asri
- Mimi Azeera Abdullah
- Mohd Hamidy Mohd Saleh
- Nur Halifah Ghani
- Syafrie Izwan Wahab
- Taha Rusydi Mohd Nazri
- Zaiti Zubir
Terdahulu
- Azlinda Mohd Salim
- Farah Nabilah Wazer (kini bersama dalam Berita Sukan di Buletin Utama)
- Helmi Majid Ismail
- Jasmine Abu Bakar (kini bersama Astro Awani)
- Juliana Ramle
- Khairunnisak Dzun Nurin
- Melissa Ong
- Nadia Mohsin
- Nina Jamil
- Norazlina Awang Had
- Rusyilda Ismail
- Syarifah Salwa Syed Abdul Rahman
- Wan Kamaruddin Wan Ibrahim (kini bersama Berita AlHijrah)
Rujukan
- Who’s watching the news The Edge Markets (1 April 2010). Dicapai pada 1 Disember 2010.
