Mutiara Naga

Dragon Ball (ralat: {{nihongo}}: Teks Jepun dan romaji diperlukan (bantuan) Doragon Bōru, dikenali dengan nama Mutiara Naga di Malaysia) ialah sebuah manga hasil karya Akira Toriyama. Siri ini bermula di Majalah Shōnen Jump Mingguan bermula 3 Disember 1984 sehingga 5 Jun 1995, dengan bab-bab tersendiri diterbitkan dalam jilid tankōbon oleh syarikat Shueisha sebanyak 42 buah jilid.

Mutiara Naga
Manga pertama Mutiara Naga yang diterbitkan oleh Jump Comics
GenrePengembaraan, Aksi, Komedi
Manga
PengarangAkira Toriyama
IlustrasiAkira Toriyama
Penerbit Shueisha
DemografikShōnen
Majalah AsalWeekly Shōnen Jump
Majalah Lain Chuang Yi
Conrad Editor
Carlsen Comics
Sangatsu Manga (Publisher)
Glénat
Carlsen Comics
CitiComics, Culturecom
Semic Interprint
Elex Media Komputindo
Star Comics (Italian Publisher)
Comics House Production
Grupo Editorial Vid
Glénat (Studio de Raaf)
Japonica Polonica Fantastica
Planeta deAgostini
Carlsen Comics (Bonnier Carlsen)
Tong Li Comics
NED comics
Gollancz Manga
VIZ Media
Seoul Munhwasa
Tarikh Pengeluaran3 Disember 19845 Jun 1995
Jilid42
Siri televisyen anime
PengarahMinoru Okazaki
Daisuke Nishio
PenerbitTokizō Tsuchiya
Kenji Shimizu
Junichi Ishikawa
Skrip/PenulisTakao Koyama
Lagu/MuzikShunsuke Kikuchi
StudioToei Animation
Dilesenkan oleh Madman Entertainment
Funimation
Manga Entertainment
Penyiaran AsalFuji TV
Penyiaran Lain Cartoon Network
GMA Network , RPN 9, IBC 13
TF1
RTL II
Italia 1
Cartoon Network, Network Ten
Canal 5
Cartoon Network/CNX/Toonami
SIC
TV 2/TV 9/Astro Ceria
Spacetoon
Indosiar
Tarikh tayangan26 Februari 198612 April 1989
Episod153
Filem
  • Dragon Ball: The Legend of Shenlong
  • Dragon Ball: Sleeping Princess in Devil's Castle
  • Dragon Ball: Mystical Adventure
Francais Dragon Ball
Jilid 1 komik Dragon Ball versi bahasa Melayu

Siri anime adaptasinya selama dua musim dihasilkan oleh Toei Animation dan ditayangkan di Fuji TV. Siri pertama telah menayangkan 153 buah episod siri televisyen bermula pada 26 Februari 1986 sehingga 12 April 1989. Siri kedua bertajuk Dragon Ball Z telah menayangkan 291 buah episod bermula pada 26 April 1989 sehingga 31 Januari 1996. Musim tambahan hasil karya Toei iaitu Dragon Ball GT telah menayangkan 64 episod bermula pada 7 Februari 1996 sehingga 19 November 1997. Siri Dragon Ball Z ditayangkan semula menggunakan format video skrin lebar berdefinisi tinggi (HD) tetapi menggunakan tajuk berbeza iaitu Dragon Ball Kai sempena ulangtahun Dragon Ball Z ke-20. Siri terbaru bertajuk Dragon Ball Super telah mula ditayangkan pada 20 Jun 2015 sehingga kini.

Siri ini mengisahkan kehidupan Son Goku, seorang budak berekor monyet dari saatnya kecil hinggalah dia mencapai umur dewasa dan mendapat anak serta cucu. Dia mendapat banyak rintangan namun akhirnya menjadi pendekar yang terkuat di seluruh angkasa.

Ringkasan cerita

Secara umumnya, Mutiara Naga mengisahkan pengembaraan Son Goku dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan Bulma yang sedang mencari Mutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya. Kisah Mutiara Naga tetap berterusan sehinggalah dia berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita Mutiara Naga hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan.

Jalan cerita bagi episod-episod terawal Mutiara Naga adalah berasaskan karya sastera tradisional Cina iaitu Perjalanan ke Barat (西遊記).

Watak utama Mutiara Naga

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.