Buletin FM

Buletin FM (dahulunya Kool FM) ialah stesen radio berita berbincangan dan muzik retro berbahasa Melayu yang dimiliki dan dikendalikan oleh Media Prima Audio, anak syarikat Media Prima Berhad. Ia dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan mula beroperasi pada 3 Mac 2016. Stesen radio ini merupakan stesen radio keempat dibawah kelolaan Rangkaian Radio Media Prima selepas Fly FM, Hot FM, 8FM dan Molek FM.[1]

Buletin FM
BandarPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kawasan penyiaranLembah Klang, Alor Setar, Pulau Pinang dan Kuching
SloganTemanmu · Muzikmu (2016-2019)
Suara Semasa (2020-2021)
Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman (2021-kini)
FrekuensiBerbeza-beza bergantung kepada kawasan
Tarikh siaran pertama3 Mac 2016 (2016-03-03) (sebagai Kool FM)
2 Ogos 2021 (2021-08-02) (sebagai Buletin FM)
FormatRadio berita, hit kontemporari & perbincangan
BahasaBahasa Melayu
Frekuensi terdahulu93.6 MHz (Kuala Terengganu)
88.6 MHz (Kota Bharu)
PemilikBuletin FM Radio Sdn Bhd, anak syarikat Media Prima Berhad
Saluran kembar8FM, Fly FM, Hot FM dan Molek FM
Tapak webwww.buletinfm.audio

Sejarah

Kool FM dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan bersiaran sulung pada 3 Mac 2016. Pada mulanya ia menyasarkan pendengar golongan generasi X,[2] dengan lagu-lagu yang dimainkan dari tahun 80-an dan 90-an.[3]

Pada 6 Januari 2020, Kool FM telah menukarkan format radio kepada radio perbincangan dan berita (tetapi bukan format radio berita sepenuhnya seperti Bernama Radio), dengan slogan terbaru Suara Semasa yang berfokuskan kepada perbincangan isu semasa, sosial dan komuniti serta rancangan berunsurkan infotainment tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan penyampainya.[4]

Pada 4 Mei 2021, stesen radio ini bersiaran serentak di TV9 pada setiap hari jam 3:30 pagi - 4:30 pagi.

Pada 2 Ogos 2021, Kool FM kini dikenali sebagai Buletin FM dan menjadikan sebagai radio berita yang lebih berfokus malah berkredibiliti. Ally Iskandar dan Hawa Rizwana (dari Malaysia Hari Ini dan Buletin Utama TV3) merupakan penyampai baharu dalam rombakan tersebut.[5][6]

Buletin FM mula menyiarkan berita perdana dari TV3 iaitu Buletin Utama pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8:00 - 9:00 malam.

Pada 29 November 2021, frekuensi Buletin FM di Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu telah ditamatkan siarannya.

Penyampai

Penyampai Harian

Nama Nama samaran Mula kerja Catatan
Rohaizah Nordin Haiza Mac 2016
Muaz Mohamed Muaz Januari 2017
Izwan Azir Saleh Izwan Azir Oktober 2020
Ally Iskandar Mohd Mardzi Ally Iskandar Ogos 2021
Hawa Rizwana Ahmad Redzuan Hawa Rizwana
Ahmad Fedtri Yahya Fedtri Yahya

Penyampai Hujung Minggu

  • Hanif Miswan
  • Nash Hamzah

Penyampai Digital

  • Hanif Miswan

Bekas Penyampai

Nama Nama samaran Tempoh Kerja Catatan
Farid Nor Farid Mac - Disember 2016
Mohd Khairul Ikhwan Rosli Ikhwan[7] Mac 2016 - November 2017
Liza Khairudin Liza Mac 2016 - Ogos 2018
Muhammad Ishak Ibrahim Andy Hakim Ogos 2017 - Ogos 2018
Ezaq Kamil Ezaq Mac 2016 - Jun 2019 berpindah ke Manis FM
Rozlindah Onn Linda Onn Ogos 2018 - Ogos 2020
Tengku Rea Rea Januari 2017 - Julai 2021 berpindah ke Gegar
AG Azmeer AG Mac 2016 - Julai 2021 dipindahkan semula ke Hot FM

Program

Isnin - Jumaat

Segmen Penyampai Masa Info Segmen
Tanyalah Ustaz di Buletin FM - 05:00 - 06:00
Fokus Pagi Ally Iskandar & Hawa Rizwana 06:00 - 10:00 Lebih Fokus dan Lebih Berkredibiliti. Ally Iskandar dan Hawa Rizwana memberikan info yang tepat, cepat dan sesi interview padat yang harus diikuti untuk memulakan pagi anda.
Santai Siang Haiza 10:00 - 15:00 Diskusi topik dari pelbagai perspektif bersama Haiza. Mendalami fikiran rakyat serta berkongsi cerita terkini.
Diskusi Harian Izwan Azir & Muaz 15:00 - 19:00 Responsif dan Peka. Izwan dan Muaz membincangkan subjek paling menarik: Sukan dan Masyarakat. Memberikan anda perbincangan penuh untuk isu-isu yang dekat dengan masyarakat.
Tanyalah Ustaz di Buletin FM - 19:00 - 20:00
Buletin Utama@Buletin FM - 20:00 - 21:00
Ilham Sanubari Fedtri Yahya 21:00 - 00:00 Luahan Hati dan Ceritera Puisi Cinta. Fedtri Yahya membuatkan malam lebih indah dengan kata-kata puitis serta sesi luahan hati ke hati yang mungkin dapat menyelesaikan masalah berdasarkan pegangan hidup.

Sabtu

Segmen Penyampai Masa Info Segmen
Tanyalah Ustaz di Buletin FM - 05:00 - 06:00
Highlight Fokus Pagi Ally Iskandar & Hawa Rizwana 06:00 - 10:00 Ringkasan terpenting sepanjang minggu.
Spectator Sukan di Buletin FM Hanif Miswan 10:00 - 12:00 Hanif Miswan ulas dan kupas dengan lebih fokus tentang sukan tempatan dan luar negara.
Sesi Sabtu Buletin FM - 12:00 - 17:00
Retro Show Buletin FM - 17:00 - 19:00
Tanyalah Ustaz di Buletin FM - 19:00 - 20:00
Imbau Rock Leleh 90an di Buletin FM - 20:00 - 00:00

Ahad

Segmen Penyampai Masa Info Segmen
Tanyalah Ustaz di Buletin FM - 05:00 - 06:00
Highlight Fokus Pagi Ally Iskandar & Hawa Rizwana 06:00 - 10:00 Ringkasan terpenting sepanjang minggu.
Retro Show Buletin FM (ulangan) - 10:00 - 12:00
Sesi Ahad Buletin FM - 12:00 - 17:00
Spectator Sukan di Buletin FM (ulangan) Hanif Miswan 17:00 - 19:00 Hanif Miswan ulas dan kupas dengan lebih fokus tentang sukan tempatan dan luar negara.
Tanyalah Ustaz di Buletin FM - 19:00 - 20:00
Imbau Rock Leleh 90an di Buletin FM - 20:00 - 00:00

Frekuensi

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
101.3 MHz Lembah Klang Bukit Sungai Besi
107.3 MHz Alor Setar, Kedah dan Perlis Menara Alor Setar
90.2 MHz Pulau Pinang Bukit Penara
Taiping, Perak
104.3 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin
Platform TV Saluran
myFreeview 722

Rujukan

  1. Rezwana Manjur (4 March 2016). "Media Prima launches fourth radio station". Marketing Interactive. Dicapai pada 4 May 2016.
  2. "New radio channel Kool.FM targets Gen X listeners". TheHive.Asia. The Malay Mail. 2 March 2016. Dicapai pada 4 May 2016.
  3. Awaina Arbee (1 March 2016). "Kool FM to play songs from the 80s and 90s". New Straits Times. Dicapai pada 4 May 2016.
  4. Serimah Mohd Sallehuddin (3 January 2020). "Kool FM fokus isu semasa, sosial dan komuniti". Berita Harian. Dicapai pada 3 January 2020.
  5. Georgie Joseph (30 Julai 2021). "Ally Iskandar, Hawa Rizwana, Douglas Lim kini penyampai radio". HMetro. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  6. "Ally Iskandar, Hawa jadi penyampai radio Buletin FM". Malaysia Gazette. 2 Ogos 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  7. Khadijah Ibrahim (2 Januari 2007). "Ikhwan tinggalkan Kool FM". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 1 Disember 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.