Hawa Rizwana Ahmad Redzuan
Hawa Rizwana Ahmad Redzuan (lahir 7 September 1995) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Berita TV9 (2016-18) dan kini merupakan penyampai Buletin Utama di TV3. Namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa.[1] Bapanya ialah bekas pengacara televisyen, Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman.[2][3] Hawa Rizwana yang berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat[3] mula menjalani latihan sebagai penyampai berita ketika masih mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran untuk program Wanita Hari Ini (WHI).[3]
Hawa Rizwana | |
|---|---|
| Kelahiran | Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan 7 September 1995 |
| Pendidikan | Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Penyampai berita, pengacara, penyampai radio |
| Tahun aktif | 2016–kini |
| Majikan | TV9 (2016-18) TV3 (2019-kini) |
| Ibu bapa | Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman (bapa) |
| Saudara | Adam Riyadz Ahmad Redzuan (abang) Amzar Rudzain Ahmad Redzuan (adik) |
Hawa Rizwana pernah mewakili Malaysia untuk persembahan tarian di Hungary sempena Festival Royal Days (Kiralyi Napok) pada 2015. Beliau juga ialah peminat tegar sukan badminton.[4]
Sejak 2020, beliau menjadi salah seorang pengacara Wanita Hari Ini di TV3.[5]
Filemografi
Drama
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2019 | Aku Tak Raya | TBA | TV3 | TBA |
Televisyen
| Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2017-19 | Berita TV9 | Penyampai berita | TV9 | - |
| 2018 | Dakwat Di Jari | Pengacara | bersama Zharif Zhafri | |
| 2020-kini | Buletin Utama | Penyampai berita | TV3 | - |
| Wanita Hari Ini | Pengacara | - | ||
| 2020 | Helo Doktor (musim ke-4) | bersama Anim Ezati Rizki & Katyana Azman | ||
| Melodi | Pengacara jemputan | |||
| 2021 | Helo Doktor(musim ke-5) | Pengacara | TV3 | bersama Anim Ezati Rizki & Zaim Zaini |
Radio
| Tahun | Stesen | Tajuk |
|---|---|---|
| 2021–kini | Buletin FM | Fokus Pagi |
Catatan
- Biarpun dilahirkan di Amerika Syarikat, Hawa Rizwana membesar di Malaysia dan diisytihar sebagai rakyat Malaysia melalui naturalisasi, dan hanya memegang kewarganegaraan Malaysia.
Rujukan
- "Wajah iras Neelofa, pelajar jadi penyampai berita TV9". The Malay Mail. 17 Julai 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- "Biodata Hawa Rizwana". Encik Shino. 4 Oktober 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- Oleh Mazizul Dani, "Nekad kerana kata-kata bapa" MyMetro Jumaat, 4 Ogos 2017. Diambil 03 Disember 2018.
- Amirah Amaly Syafaat (26 Mei 2019). Tidak kejar glamor, yakini diri Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Julai 2019.
- Impian Hawa Rizwana mengacara WHI tercapai mStar Online (7 April 2020). Dicapai pada 28 Mei 2020.