Sabak Bernam
Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang terletak di barat laut negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan negeri Perak di utara dan Sungai Bernam membentuk garis sempadan tersebut. Selain itu, Hulu Selangor terletak di timur, Kuala Selangor di selatan serta Selat Melaka di barat. Bandar utama di sini adalah pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan. Daerah ini juga terkenal dengan penduduk berketurunan jawa.
Sabak Bernam | |
|---|---|
| Daerah Sabak Bernam | |
| Transkripsi lain | |
| • Jawi | سابق برنم |
| • Cina | 沙白安南县 |
| • Tamil | சபாக் பெர்ணம் |
![]() Lokasi Sabak Bernam di Selangor | |
![]() Sabak Bernam Lokasi Sabak Bernam di Malaysia | |
| Koordinat: 3°40′N 101°05′E | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Kerusi | Sabak |
| Kawasan kerajaan tempatan | Majlis Daerah Sabak Bernam |
| Kerajaan | |
| • Pegawai daerah | Nasir Mamat[1] |
| • Wakil Sultan | Baharin Mat Akhir[2] |
| Luas | |
| • Jumlah | 997.1 km2 (385.0 batu persegi) |
| Penduduk (2010)[4] | |
| • Jumlah | 103,153 |
| • Kepadatan | 100/km2 (270/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| • Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak diamalkan) |
| Poskod | 45xxx |
| Kod panggilan | +6-03 |
| Nombor pendaftaran kenderaan | B |
Etimologi
Sabak Bernam dikatakan dibuka oleh enam orang yang bersahabat. Dari situlah munculnya nama "sabak bernam' yakni 'sahabat berenam'.
Ekonomi
Kegiatan ekonomi kawasan ini bersangkut-paut dengan penanaman padi, kelapa dan kelapa sawit. Sabak Bernam merupakan kawasan penanaman padi yang penting di Selangor, yang tertumpu di sekitar Sungai Besar. Suatu masa dahulu (1970an), terdapat banyak kebun koko diusahakan oleh pekebun kecil di daerah ini.
Tempat menarik
- Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pantai yang terpencil di daerah Sabak Bernam.
- Kelong Paradise Waterfront Resort
- Muzium Sabak Bernam
- Masjid Jin
- Ladang Mangga
- Lubuk Pusing
- Sabak Waterfront-ialah sebuah pusat kraf & batik yang terbesar di Selangor.
- Jelapang padi Selangor
Pentadbiran
Pihak Berkuasa Tempatan
Daerah Sabak Bernam dikawal oleh Majlis Daerah Sabak Bernam
Kawasan Pilihan Raya
Daerah Sabak Bernam mempunyai dua kawasan parlimen.
Kawasan parlimen ini disandang oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Fasiah Mohd Fakeh dari BERSATU
- Sungai Ayer Tawar (kawasan negeri) (BN-UMNO)
- Sabak (kawasan negeri)
- Sungai Besar (kawasan persekutuan)
Kawasan parlimen ini disandang oleh Muslimin Yahaya daripada Pakatan Harapan yang telah menewaskan calon PRK Sungai Besar pada tahun 2016 hari itu iaitu Budiman Mohd Zohdi.
Kawasan Dewan Undangan Negeri
- Sungai Air Tawar
- Sekinchan
Mukim
- Mukim Bagan Nahkoda Omar
- Mukim Panchang Bedena
- Mukim Pasir Panjang
- Mukim Sabak
- Mukim Sungai Panjang
- Pekan Bagan Terap
- Pekan Parit Enam
- Pekan Parit Sembilan
- Pekan Sekinchan
- Pekan Simpang Lima
- Pekan Sabak
- Pekan Sungai Air Tawar
- Pekan Sungai Sepintas
- Pekan Bagan Nahkoda Omar
- Pekan Parit Baru
- Pekan Pasir Panjang
- Pekan Sekinchan Site A
- Pekan Sungai Besar
- Pekan Sungai Haji Dorani
- Pekan Sungai Nibong
Institusi Pendidikan
Prauniversiti
Maktab Rendah Sains Mara
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi
Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Sekolah Menengah
Sekolah Rendah
- Sekolah Kebangsaan Bagan Terap
- Sekolah Kebangsaan Batu 38
- Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya
- Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff
- Sekolah Kebangsaan Kampong Banting
- Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu
- Sekolah Kebangsaan Khir Johari
- Sekolah Kebangsaan Lobok Pusing
- Sekolah Kebangsaan Panchang Bedena
- Sekolah Kebangsaan Parit 4
- Sekolah Kebangsaan Parit 6
- Sekolah Kebangsaan Parit 9
- Sekolah Kebangsaan Parit 13
- Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang
- Sekolah Kebangsaan Parit Baharu
- Sekolah Kebangsaan Sapintas
- Sekolah Kebangsaan Sekendi
- Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia
- Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka
- Sekolah Kebangsaan Seri Makmur
- Sekolah Kebangsaan Seri Mawar
- Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan
- Sekolah Kebangsaan Seri Utama
- Sekolah Kebangsaan Simpang 4, Selangor
- Sekolah Kebangsaan Simpang Lima
- Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani
- Sekolah Kebangsaan Sungai Leman
- Sekolah Kebangsaan Sungai Limau
- Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong
- Sekolah Kebangsaan Sungai Tengar
- Sekolah Kebangsaan Tanjong Jawa
- Sekolah Kebangsaan Tebok Jawa
- Sekolah Kebangsaan Teluk Ru
- Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah
- Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Cheong Hua
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hai Ping
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kian Sit
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lum Hua
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Moon Teck
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Phooi Min
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Phooi Tee
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Phoay Chneh
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Min
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yoke Kuan
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sabak Bernam
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Bernam
Rujukan
- "Portal Rasmi PDT Sabak Bernam Perutusan Pegawai Daerah". www2.selangor.gov.my.
- "Portal Rasmi PDT Sabak Bernam Pejabat Orang Besar Daerah". www2.selangor.gov.my.
- "Portal Rasmi PDT Sabak Bernam Profil Daerah". www2.selangor.gov.my.
- "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter
|deadurl=ignored (bantuan)


