Ulu Yam

Ulu Yam atau ejaan baharu, Hulu Yam merupakan sebuah mukim dan bandar utama kategori dua di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Hulu Yam terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hulu Yam Lama dan Hulu Yam Bharu. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang berpusat di Kuala Kubu Bharu. Poskod bagi kawasan Hulu Yam sama dengan poskod bagi kawasan Batang Kali iaitu 44300. Ini kerana kawasan Hulu Yam masih berada dibawah kawasan yang sama dengan Batang Kali.

Hulu Yam mempunyai satu pekan/bandar kecil yang terletak di Hulu Yam Bharu. Bandar tersebut dilengkapi dengan restoran masakan Melayu, restoran masakan Cina, pasaraya kecil, restoran makanan segera dan lain-lain. Kebanyakan penduduk yang menetap di bandar ini majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina.

Hulu Yam
Geografi
StatusMukim/Bandar Kecil
Asal namaUlu Yam
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Hulu Selangor
MukimUlu Yam/Hulu Yam
Poskod44300
FungsiBandar utama kategori dua
Keluasan

Pendidikan

  • Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Bharu
  • SRJK (C) Kg Gurney
  • Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
  • SJK (C) Choong Chee
  • Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Lama

Kawasan perindustrian

  • Kawasan Perindustrian Perabot
  • Zon Perindustrian Jalan Tengas
  • Zon Perindustrian Batu 29

Sistem pengangkutan

Terdapat sebuah perhentian keretapi kecil yang pernah berkhidmat di Hulu Yam Lama. Kini, perhentian tersebut dihentikan perkhidmatannya dan menjadi terbiar. Namun, stesen keretapi Batang Kali yang terletak di Batang Kali merupakan stesen pengangkutan keretapi yang terdekat, menyediakan perkhidmatan KTM Komuter laluan Pelabuhan Klang dan ETS.
Selain itu, bandar kecil ini juga tersedia dengan perkhidmatan bas henti-henti Setara Jaya (SJ Bus) laluan 158 dan bas Smart Selangor laluan HS02A , HS02B.

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.