Batang Kali

Batang Kali merupakan sebuah kawasan yang terdiri daripada beberapa mukim. Batang Kali juga merupakan kawasan perbandaran utama di negeri Selangor dan bandar utama kategori satu di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Kawasan ini merupakan tempat persinggahan untuk ke Genting Highlands, First World Hotel & Plaza dan juga taman tema Genting Highlands. Perbandaran baharu iaitu Bandar Baru Batang Kali terletak di mukim Bandar Batang Kali. Kawasan ini juga menjadi tempat pertempuran semasa zaman Darurat pada tahun 1948. Menjadi tempat laluan dalam perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi pada tahun 2020.

Kawasan Batang Kali terbahagi kepada tiga mukim iaitu mukim Batang Kali, Bandar Batang Kali dan Hulu Yam. Ketiga-tiga mukim mewakili kawasan yang berlainan:
Batang Kali: Seksyen 1 - 6, Bandar Utama Batang Kali
Bandar Batang Kali: Bandar Baru Batang Kali, Kawasan Perindustrian MIEL Batang Kali, Taman Keruing, Taman Rasa Utama dan KTM Batang Kali
Hulu Yam: Hulu Yam Bharu dan Hulu Yam Lama

Bandar Utama Batang Kali merupakan pusat pertumbuhan utama di kawasan Batang Kali. Bandar Utama Batang Kali mempunyai lima seksyen (setakat 2022). Bandar tersebut terletak pada kedudukan yang sangat strategik iaitu di tengah-tengah kawasan Batang Kali dan berdekatan dengan simpang ke pusat peranginan utama negara iaitu Genting Highlands.

Kawasan Batang Kali mempunyai beberapa buah bandar, antaranya ialah:
◎Bandar Utama Batang Kali
◎Bandar Baru Batang Kali
◎Pusat Perniagaan Taman Keruing
◎Bandar Hulu Yam Bharu

Pelbagai projek mega dan projek perumahan baharu yang akan dibina di kawasan Batang Kali. Antaranya ialah kondominium Bayan Residence di Taman Bayan, Genting Highlands Hulu Selangor, Genting Valley (Ion Berlian Lake Garden) di Kg. Genting Malek, kawasan perumahan Taman Harmoni, Ligamas Residence di Tamu Hill Park, kawasan perumahan Taman Sri Kelah, Pusat Perdagangan Ara Seksyen 5, kawasan perumahan Desa Sebarau di Hulu Yam Lama, Prima Utama di Kg. Batu 30 dan Projek Perumahan Selangor di Hulu Yam Bharu. Pembangunan di kawasan Batang Kali menjadi semakin meriah setelah pengisytiharan Majlis Daerah Hulu Selangor kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 21 Oktober 2021 yang lalu.

Kawasan Batang Kali membangun dengan pesatnya disebabkan kemudahan awam yang tinggi seiring dengan kawasan elit di pusat bandar. Walaupun kawasan ini berada pada kedudukan Utara Selangor yang agak jauh dari Kuala Lumpur, Batang Kali tetap disambut meriah oleh warga Malaysia dari pelbagai arah. Akibat daripada keindahan flora dan fauna yang terdapat di kawasan Batang Kali dan sekitarnya membuatkan ramai orang tertarik untuk menetap di sini. Tidak lupa juga, Batang Kali turut hadir dengan kawasan ekopelancongan yang indah dan mendamaikan seperti Rumah Hutan Bonda Rozita, Huda's Heaven Resort, Teratak Tok Alang dan sebagainya.

Batang Kali
Geografi
StatusMukim/Bandar
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Hulu Selangor
MukimBatang Kali, Bandar Batang Kali dan Hulu Yam
Poskod44200/44300
FungsiBandar Kediaman dan Perniagaan/Bandar Belia
Keluasan40,191 ekar (2007)
Bandar Utama Batang Kali

Pembangunan Pesat di Bandar Utama Batang Kali

Pembangunan di Bandar Utama Batang kali mula berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan dengan kepadatan penduduk yang semakin meningkat. Ini berdasarkan pembangunan infrastruktur atau prasarana di kawasan Batang kali seperti pasaraya Econsave, pusat beli belah Ligamas Street Mall, stesen keretapi Batang Kali dan deretan bangunan kedai yang memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Selain itu, terdapat juga ura-ura mengatakan bahawa pusat beli belah dan terminal bas baharu akan dibina di kawasan Seksyen 5 Bandar Utama Batang Kali.

Jaringan Jalan Raya

Kawasan Batang Kali dapat dihubungkan dari pelbagai pintu utama. Sebagai contoh, Batang Kali boleh diakses melalui pintu negeri Pahang iaitu dari Genting Highlands menerusi jalan B66. Batang Kali juga boleh diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan AH2 melalui susur keluar Bandar Sungai Buaya EXIT 117 atau Bukit Beruntung EXIT 118. Berikut merupakan senarai jaringan jalan raya di kawasan Batang Kali:

Jalan Kuala Lumpur-Rawang-Tanjung Malim , Jalan Batang Kali - Hulu Yam Bharu B113, Jalan Batang Kali - Hulu Rening B114, Jalan Kg. Kalong Hilir - Kg. Kalong Tengah B117, Jalan Hulu Yam Lama - Hulu Yam Bharu B57, Jalan Hulu Yam Bharu - Batu Caves B23, Jalan Batang Kali - Genting Highlands B66 dan Jalan Rasa - Kuala Kali menghubungkan Bandar Rasa dengan Bukit Sentosa.

Kemudahan Awam dan Kemudahan Sosial

Kemudahan Awam

Kemudahan Sosial

Masjid dan surau

  • Masjid Bandar Utama Batang Kali
  • Masjid Kg. Sungai Masin
  • Masjid As-Sajidin, Kg. Sentosa
  • Surau Al-Mustaqim, Tamu Hill
  • Surau At-Taqwa, Tamu Hill
  • Surau Al-Iman, Ligamas
  • Surau Taman Seri
  • Surau Genting Permai
  • Surau Nurul Falah, Kg. Kalong Hilir

Kuil

Pasar awam dan pasaraya besar

  • Pasar awam Batang Kali
  • Pasaraya Econsave
  • Pasaraya Segi Fresh
  • Pasaraya YST

Stesen minyak

  • Stesen minyak Petronas Batang Kali 1
  • Stesen minyak Petronas Batang Kali 2
  • Stesen minyak Shell Batang Kali
  • Stesen minyak Caltex Batang Kali
  • Stesen Minyak Caltex Hulu Yam Lama
  • Stesen Minyak Petron Rasa
  • Stesen Minyak Shell Rasa

Medan selera

  • Medan Selera Bandar Utama Batang Kali
  • Medan Selera Dewan Dato' Abdul Hamid

Dewan dan auditorium

  • Dewan Dato' Abdul Hamid
  • Dewan Orang Ramai Batang Kali
  • Dewan Orang Ramai Hulu Yam Bharu
  • Auditorium Dato' Abdul Hamid

Pusat beli belah

  • Ligamas Street Mall

Taman awam

  • Taman Awam Semarak
  • Taman Awam Hulu Yam Bharu

Perkhidmatan pengeposan

  • Pos Malaysia
  • Ninja Van
  • Shopee Express
  • DHL e-commerce
  • Nationwide Express
  • Flash Express

Pelancongan

Batang Kali sememangnya terkenal dengan pemandangan yang indah dan memukau mata dengan kepelbagaian tempat pelancongan, khususnya ekopelancongan. Pelancong yang hadir untuk melancong disini pasti akan terpukau dengan keindahan serta kedamaian yang terdapat di Batang Kali ini. Berikut merupakan beberapa lokasi ekopelancongan yang terkenal yang boleh anda lawati di sekitar Batang Kali:

  • Huda's Heaven Resort
  • Rumah Hutan dan Rumah Sungai Bonda Rozita
  • Eko Murai Rimba
  • Sojuk Riverside
  • Dusun Bonda
  • Kolam Air Panas Hulu Tamu
  • Cholo-Cholo Hot Spring & Resort
  • Teratak Tok Alang
  • Ratu Rening Resort
  • 82 Rening
  • Restu Ibu Resort
  • Rimba Kalong Eco Resort

Pendidikan

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor
  • Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
  • Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan
  • Sekolah Kebangsaan Batang Kali
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Batang Kali
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Batang Kali
  • Sekolah Rendah Agama Bandar Utama Batang Kali
  • Sekolah Rendah Agama Batang Kali
  • Kolej Komuniti Hulu Selangor
  • Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Bharu
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kg Gurney
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choong Chee
  • Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Lama
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Rasa

Lihat juga

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.