Pilihan raya umum Malaysia ke-15

Pilihan raya umum Malaysia 2023, secara rasmi pilihan raya umum Malaysia ke-15, dijadualkan diadakan pada atau sebelum 16 September 2023 untuk memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15. Semua 222 kerusi akan dipilih untuk pilihan raya, dengan anggapan tidak ada konstituen yang ditambah atau dikeluarkan dalam pengagihan semula. Ketika Parlimen ke-14 pertama kali bersidang pada 16 Julai 2018,[1] secara automatik akan dibubarkan pada 16 Julai 2023 jika tidak dibubarkan lebih awal. Secara tradisinya, pilihan raya untuk semua badan perundangan negeri (kecuali Sarawak, diadakan pada tahun 2021 dan Sabah, diadakan pada tahun 2020) juga diadakan serentak.

Pilihan raya umum Malaysia ke-15

Pada atau sebelum Julai 2023 (2023-07)

222 kerusi dalam Dewan Rakyat Malaysia
112 kerusi diperlukan untuk majoriti
Ralat ungkapan: Pengendali or tidak dijangkaRalat ungkapan: Pengendali or tidak dijangkaRalat ungkapan: Pengendali or tidak dijangkaRalat ungkapan: Pengendali or tidak dijangkaRalat ungkapan: Pengendali or tidak dijangkaRalat ungkapan: Pengendali or tidak dijangka
 
Pemimpin Anwar Ibrahim Muhyiddin Yassin Ahmad Zahid Hamidi
Parti PKR BERSATU UMNO
Gabungan Pakatan Harapan Perikatan Nasional Barisan Nasional
Pemimpin sejak 15 Oktober 2018 23 Februari 2020 30 Jun 2018
Kerusi pemimpin Port Dickson Pagoh Bagan Datuk
Pilihan raya
lepas
100 kerusi, 41.29%[nb 1] Baharu[nb 2] 58 kerusi, 27.79%[nb 3]
89 50 42

 
Pemimpin Abang Johari Openg Shafie Apdal Mahathir Mohamad
Parti PBB WARISAN PEJUANG
Gabungan Gabungan Parti Sarawak Pakatan bersama Pakatan Harapan
Pemimpin sejak 13 January 2017 17 Oktober 2016 12 Ogos 2020
Kerusi pemimpin Tiada kedudukan[nb 4] Semporna Langkawi
Pilihan raya
lepas
19 kerusi, 3.82%[nb 5] 8 kerusi, 2.32% Baharu
18 8 4

 
Pemimpin Wong Soon Koh Maximus Ongkili
Parti PSB PBS
Gabungan
Pemimpin sejak 2015 24 September 2018
Kerusi pemimpin Tiada kedudukan[nb 6] Kota Marudu
Pilihan raya
lepas
Tidak bertanding 1 kerusi, 0.48%
2 1


Penjawat kini Perdana Menteri

Ismail Sabri Yaakob
BN


Latar belakang

Pilihan raya terdahulu

Pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018 menyaksikan perubahan kerajaan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sejak pilihan raya pertama kali diadakan pada tahun 1955. Pakatan Harapan, yang dahulunya merupakan pakatan kiri tengah antara empat parti, memenangi 113 kerusi di Dewan Rakyat (majoriti dua kerusi) berbanding Barisan Nasional, satu gabungan haluan kanan, yang hanya memenangi 79 kerusi. Pakatan Harapan menerajui kerajaan di peringkat persekutuan dengan sokongan dari Parti Warisan Sabah. Pilihan raya negeri serentak juga menyaksikan Pakatan Harapan memperoleh majoriti buat pertama kalinya di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Parlimen tergantung terjadi di Kedah, Perak dan Sabah. Namun, perubahan keanggotaan parti ahli dewan undangan negeri selepas pilihan raya membolehkan Pakatan Harapan (atau Parti Warisan Sabah di Sabah) juga menjadi kerajaan di negeri-negeri ini.

Peristiwa-peristiwa penting

Pada bulan Julai 2019, Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019, yang mengandungi peruntukan untuk menurunkan umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik, telah digubal oleh Parlimen.[2] Namun, peruntukan itu belum berkuat kuasa dan sedang menunggu proklamasi oleh Yang di-Pertuan Agong. Pada bulan Jun 2020, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa persiapan untuk perubahan-perubahan ini akan selesai menjelang bulan Julai 2021.[3]

Keabsahan persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk seluruh negara pada tahun 2018 adalah pada tahun 2019 yang dikaji semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,[4] yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Persempadanan semula telah diluluskan dua bulan sebelum pilihan raya terdahulu, yang menyaksikan pengagihan tidak sekata yang sangat besar antara kawasan-kawasan pilihan raya. Sebagai contoh, di Selangor, Sabak Bernam mempunyai kira-kira 40,000 pengundi tetapi Bangi mempunyai 180,000 pengundi. Namun, sebarang pengagihan semula awal memerlukan pindaan perlembagaan, yang memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.[5] Status kajian semula itu pada masa ini tidak diketahui kerana perubahan dalam kerajaan semasa kemelut politik yang akan dijelaskan di bawah.

Kemelut politik (2020–21)

Pada akhir bulan Februari 2020, Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengundurkan diri, menyebabkan kekosongan kuasa di cabang eksekutif. Sebilangan besar daripada 32 ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia menarik diri dari kerajaan gabungan pimpinan Pakatan Harapan, menyebabkannya kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, dan telah bekerjasama dengan Barisan Nasional. Pada 1 Mac, Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Perdana Menteri, dan satu kerajaan minoriti Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan pimpinan Barisan Nasional telah dibentuk. Pada 20 Ogos, Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Perdana Menteri, selepas peletakan jawatan Muhyiddin.

Sistem pilihan raya

Pilihan raya di Malaysia dijalankan di peringkat persekutuan dan negeri. Pilihan raya persekutuan bertujuan untuk memilih ahli Dewan Rakyat, dewan rendah Parlimen, manakala pilihan raya negeri di setiap 13 negeri bertujuan memilih ahli Dewan Undangan Negeri masing-masing. Memandangkan kerajaan Malaysia mengamalkan sistem Westminster, ketua kerajaan (Perdana Menteri di peringkat persekutuan dan Menteri Besar atau Ketua Menteri di peringkat negeri) ialah individu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dalam badan perundangan masing-masing dan ini kebiasaannya pemimpin parti atau gabungan dengan majoriti kerusi di badan perundangan.

Dewan Rakyat terdiri daripada 222 ahli, yang dikenali sebagai Ahli Parlimen. Mereka dipilih untuk penggal lima tahun. Setiap Ahli Parlimen dipilih dari satu kawasan dengan menggunakan sistem pengundian pemenang undi terbanyak. Sekiranya satu parti memperoleh majoriti kerusi, maka parti itu berhak membentuk kerajaan-, dengan pemimpinnya menjadi Perdana Menteri. Sekiranya parlimen tergantung, di mana tidak ada satu pun parti yang memperoleh majoriti kerusi, kerajaan masih dapat terbentuk melalui gabungan atau perjanjian keyakinan dan pembekalan dengan parti-parti lain. Dalam praktiknya, gabungan dan pakatan di Malaysia umumnya berlaku antara pilihan raya, dan ahli-ahli parti biasanya tidak bertanding untuk kerusi yang sama.

Umur kelayakan mengundi terkini adalah 21 walaupun umur 18 dianggap orang dewasa di Malaysia. Malaysia pada masa ini tidak mewajibkan pengundian dan pendaftaran pengundi automatik. Walaupun Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang memperuntukkan usia pengundian diturunkan kepada 18 dan untuk pendaftaran pengundi secara automatik digubal pada bulan Julai 2019, peruntukan itu belum berkuat kuasa dan sedang menunggu proklamasi oleh Yang di-Pertuan Agong. Suruhanjaya Pilihan Raya, badan yang bertanggungjawab menjalankan pilihan raya persekutuan dan negeri, berkata persiapan untuk perubahan-perubahan ini akan selesai menjelang Julai 2021. Suruhanjaya Pilihan Raya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.

Nota

  1. Kecuali Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang merupakan parti komponen Pakatan Harapan pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 but selepas itu keluar dan menubuhkan Perikatan Nasional pada 2020. Jumlah bilangan kerusi dan perkongsian undi yang diperolehi oleh Pakatan Harapan pada tahun 2018 adalah 113 kerusi dan 45.68%
  2. Gabungan parti baharu yang ditubuhkan pada 2020. Jumlah perkongsian undi untuk BERSATU, PAS, STAR and SAPP dalam pilihan raya lepas adalah sebanyak 23%
  3. Jumlah kerusi dan perkongsian undi yang dimiliki parti yang ketika ini mengganggotai Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan PBRS). Jumlah kerusi dan perkongsian undi yang diperolehi Barisan Nasional seperti mana yang diperolehi pada pilihan raya lepas adalah 79 kerusi dan 33.77%
  4. Abang Johari Openg sits as an ADUN in the Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk Satok. Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Petra Jaya, adalah ketua GPS di Dewan Rakyat Malaysia.
  5. Parti gabungan baharu yang ditubuhkan pada 2018. Ini adalah jumlah kerusi dan perkongsian undi yang diperolehi oleh PBB, PRS, SUPP dan PDP pada pilihan raya lepas. Semua parti tersebut sebelum ini adalah parti komponen dalam Barisan Nasional.
  6. Wong Soon Koh adalah ADUN dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk Bawang Assan. Masir Anak Kujat, MP for Sri Aman, adalah ketua parti PSB dalam Dewan Rakyat Malaysia.

Rujukan

  1. "Proclamation - Summon the Parliament [P.U. (A) 139/2018]" (PDF). Attorney General's Chamber of Malaysia. 13 June 2018.
  2. Martin Carvalho; Hemananthani Sivanandam; Rahimy Rahim; Tarrence Tan (16 Julai 2019). "Dewan Rakyat passes Bill to amend Federal Constitution to lower voting age to 18". The Star. Dicapai pada 16 Julai 2019.
  3. "Kenyataan media - Pendaftaran pengundi 18 tahun" (PDF). Suruhanjaya Pilihan Raya. 7 Jun 2020. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 Jun 2020. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  4. Mac 2019, Published 6 months ago on 14. "EC to review redelineation of electoral boundaries approved last year | Malay Mail". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-20.
  5. "Next redelineation exercise only due in 2026, says Hanipa". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-22. Dicapai pada 2019-09-20.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.