Nancie Foo

Nancie Foo merupakan seorang penyanyi, pelakon, penerbit TV di Malaysia. Dia dilahirkan di Sabak Bernam dan fasih berbahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Mandarin.[1]


Nancie Foo
Kelahiran
Nancie Foo

PekerjaanPenyanyi, pelakon, penerbit TV
Tahun aktif1979—kini
PasanganWong Kang Yeow
Anak3

Nancie Foo merupakan Ratu Cantik Malaysia 1979,[2] dan telah berkahwin dan memiliki tiga anak perempuan iaitu Ai Dee, Ai Vee, dan Ai Lee hasil perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Wong Kang Yeow.

Kehidupan awal

Pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Air Panas.

Dia mula berlakon dalam drama RTM sebelum ditawarkan peranan dalam filem Bintang Pujaan pada tahun 1979. Ini menyumbang pada anugerah pendatang baru semasa Perayaan Filem Merak Kayangan pada tahun 1981.

Nancie Foo menjalankan perniagaan penerbitan bersama bersama rakan kongsinya, Wendy Wong, di bawah syarikat Produksi Seni 2020 yang telah ditubuhkan sejak 1997.[3]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak
1981 Bintang Pujaan Nancy
1982 Pemburu
1990 Main-main Hantu
Siluman Lirikan Ular
1992 O.C.J. Operasi Cegah Jenayah Detektif Nancy
2006 Persona Non Grata

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1979 Drama Minggu Ini: Tepuk Air Di Dulang TV1
1982 Drama Minggu Ini: Buruan
1983 Drama Minggu Ini: Cempaka
Drama Minggu Ini: Mendung
1984 Drama Minggu Ini: Sindrom
1985 Drama Minggu Ini: Lorong Hitam
1986 Remang-Remang Kota Raya Inspektor Suzy
1987 Harimau Rimba
1988 Siti Naquiah Siti Naquiah
1989 Debu-Debu Kota
2015 Gerak Khas (Musim 15) ACP Suzy TV2 Pelakon undangan

Anugerah

  •  Pahang :
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' ( 2016 )

Rujukan

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.