Nanu Baharudin

Sabaranu "Nanu" Baharudin (lahir 19 November 1969) ialah seorang pelakon, pengacara TV dan peragawati Malaysia.[1] Beliau berasal dari keluarga berdarah seni, terutama neneknya pelakon Zaharah Agus dan datuknya M. Suki.[2]

Nanu Baharudin
Kelahiran
Sabaranu binti Baharudin

(1969-11-19) 19 November 1969[1]
PekerjaanPelakon, peragawati, pengacara TV
Tahun aktif1992kini

Beliau pernah 3 kali dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia menerusi filem Perempuan Melayu Terakhir, Cinta dan 1957: Hati Malaya. Menerusi filem Imigran pula, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM).

Sejak 2000, Nanu banyak terbabit dengan drama TV dari Pesona Pictures selain daripada filem Pontianak Harum Sundal Malam. Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem keempat Nanu setelah Rimba Malam, Imigran dan Perempuan Melayu Terakhir. Filem Rimba Malam yang melayakkan Nanu merangkul anugerah Bintang Harapan dulu.

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananCatatan
1992Rimba MalamPelakon pembantu
Anugerah Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia[1]
1993ImigranPelakon utama
DicalonkanPelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia
1999 Perempuan Melayu Terakhir Pelakon pembantu

DicalonkanPelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia

2004Pontianak Harum Sundal MalamLailaPelakon pembantu
2005Pontianak Harum Sundal Malam 2LailaPelakon pembantu
2006CintaDyanDicalonkanPelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia
2007 1957: Hati Malaya Datin Sharifah Rodziah Pelakon pembantu

DicalonkanPelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia

Waris Jari HantuPelakon pembantu
2008CongkakSufiahPelakon utama
2010Semerah Cinta StilletoDatin FairuzPelakon pembantu
2011HaqZahraPelakon utama
2015Split Gravy On Rice

Televisyen

Drama
Rancangan

Rujukan

  1. "Nanu Baharudin", Seleb A-Z: Artis, Murai.com.my. Diambil pada 26 Januari 2011.
  2. Nanu - Katalah apa saja Diarkibkan 2018-10-14 di Wayback Machine Utusan Malaysia (16 Mei 2004). Dicapai pada 27 November 2008.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.