Linggi
Linggi ialah sebuah mukim di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.[1] Tempat yang berhampiran termasuklah Pasir Panjang, Pengkalan Kempas, Tanjung Agas dan Telok Kemang.
Linggi | |
|---|---|
![]() Lokasi Linggi di Negeri Sembilan | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Institusi adat | Undang Luak Sungai Ujong |
| Kerajaan | |
| • Dato' Muda Linggi | kosong |
Tempat ini mendapat namanya daripada sebatang sungai yang menjadi sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Sungai Linggi ini menjadi laluan masuk kapal-kapal dagang pada zaman silam. Raja Melewar yang datang dari Pagar Ruyung untuk dirajakan di Negeri Sembilan juga mudik ke hulu melalui Sungai Linggi. Sungai Linggi bercabang dua; satu cabang mengalir dalam daerah Rembau manakala satu lagi cabang berhulu di daerah Seremban. Hulu cabang inilah yang dinamakan Sungai Ujung iaitu nama lama bagi Seremban.
Pengakutan
_01.jpg.webp)
Linggi dapat dicapai dengan menggunakan Jalan Pedas-Linggi ataupun menggunakan persimpangan EXIT 223 di Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan
.[2]
Rujukan
- "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysian National Committee on Geographical Names. 2017. m/s. 32. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada May 22, 2021. Dicapai pada May 29, 2021.
- Administrator. "PLUS MALAYSIA BERHAD - Toll Abbreviation". www.plus.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2018-11-23.
