Sungai Ujong

Sungai Ujong atau Sungei Ujong ( jawi; سوڠي اوجوڠ) ialah daerah adat yang meliputi kawasan Labu, Pantai, Ampangan, Rantau, Mambau dan Kuala Sawah. Oleh kerana kawasan ini kaya dengan bijih timah, kawasan ini menjadi rebutan hangat antara pemimpin tempatan dan juga Inggeris. Kawasan yang dipanggil Luak Sungai Ujung ini diperintah oleh seorang Undang yang dilantik dari suku waris Dato' Kelana iaitu waris di darat. Seorang lagi pembesar luak ialah Dato' Shahbandar iaitu pemimpin bagi penduduk waris di air.

Papan tanda sempadan Luak Sungei Ujong di sempadan Negeri Sembilan—Selangor, yang bersempadan dengan Beranang, Selangor.
Sungai Ujong
Lokasi Sungai Ujong di Negeri Sembilan
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Institusi adatUndang Luak Sungai Ujong
Kerajaan
  Undang Luak Sungai UjongMubarak Dohak
  Dato' Shahbandar Sungai UjongBadarudin Abdul Khalid
  Dato' Muda LinggiKosong

Sungai Ujong ialah nama lama bagi Seremban.[1] Sebelum itu ia pernah dikenali sebagai "Sening Ujong".[2]

Peristiwa

Sungai Ujung menjadi lokasi penting dalam sejarah. Parameswara pernah singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) dan melantik seorang menteri untuk mewakilinya disitu, sebelum baginda tiba di pinggir muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka) untuk mendirikan kerajaan di situ.[3]

Lihat juga

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.