Wilayah Yala

Yala (Thai ยะลา) ialah wilayah (changwat) Thailand yang terletak di bahagian paling selatan negara tersebut. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala barat laut ikut jam) ialah Songkhla, Patani dan Narathiwat. Yala bersempadan dengan Negeri Perak dan Kedah, Malaysia di bahagian selatan.

Yala (Jala)
جالا

ยะลา
Wilayah

Peta Thailand tertumpu pada Wilayah Yala
Negara Thailand
Ibu kotaYala
Kerajaan
  GabenorKritsada Bunrat (sejak Oktober 2009)
Luas
  Jumlah4,521.1 km2 (1,745.6 batu persegi)
Ranking kawasanKe-48
Penduduk
 (2011)
  Jumlah493,767
  KedudukanKe-59
  Kepadatan110/km2 (280/batu persegi)
  Kedudukan kepadatanKe-47
HDI
  HDI (2009)0.687 (medium) (Ke-70)
Zon waktuUTC+7 (Waktu di Thailand)
Kod kawasan073
Kod ISO 3166TH-95
Pendaftaran kenderaanยะลา, เบตง (Betong)

Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka Jolor (جولور).

Geografi

Wilayah ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu.

Sejarah

Pada asalnya, Yala, bersama dengan Narathiwat ialah sebahagian daripada kerajaan Melayu Patani yang berada di bawah pengaruh kerajaan Sukhothai dan kemudian Ayutthaya. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767, Patani menjadi merdeka tetapi kembali kepada Thai sewaktu pemerintahan Raja Rama I. Pada 1909, Thai menakluki Patani akibat perjanjian yang dimeterai dengan Empayar British. Narathiwat dan Yala ditadbirkan secara berasingan. Di Yala, terdapat sebuah pergerakan pemisah Patani yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri.

Demografi

Yala merupakan satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; lebih kurang 68.9% ialah Muslim. 66.1% penduduk Yala adalah daripada bangsa Melayu.

Simbol

Lambang wilayah Yala memaparkan seorang pelombong bijih timah dengan alat-alat pertukangannya seperti pengumpil, cangkul dan bakul. Yala pada asalnya merupakan sebuah bandar yang giat dalam perlombongan bijih timah dan tungsten.

Simbol-simbol wilayah yang lain termasuk pokok Red Saraca (Saraca declinata) dan bunga Bullet Wood (Mimusops elengi).

Kawasan pentadbiran

Yala terbahagi kepada 7 kawasan pentadbiran (Amphoe) dan satu kawasan kecil (King Amphoe) yang dibahagikan lagi kepada 56 daerah swapraja (tambon) dan 341 buah kampung

Peta Nombor Nama Thai Melayu
1Mueang YalaเมืองยะลาJala, Jolor
2BetongเบตงBetung
3Bannang SataบันนังสตาBenang Setar
4Than ToธารโตAir Kedung
5YahaยะหาJohar
6RamanรามันReman
7KabangกาบังKabae, Kabe
8Krong PinangกรงปินังKampung Pinang

Kekecohan

Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden kerusuhan dan kekecohan telah melandai selatan Thailand, terutama sekali di wilayah-wilayah Yala, Narathiwat, dan Pattani. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 80-an. Penduduk-penduduk di sini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Kebanyakan mereka juga tidak berpuas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperlakukan mereka dengan cara berbeza daripada kaum etnik Thai.

Pada 26 Oktober 2004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakaan nafas setelah kesemuanya dimasukkan ke dalam trak polis akibat ditangkap atas tuduhan rusuhan di daerah tersebut dan sekelilingnya. Kejadian ini dikenali sebagai peristiwa berdarah Tak Bai.

Pada 7 November 2004, Menteri Pertahanan Thai telah mengatakan bahawa lebih kurang 700 orang telah tercedera atau terkorban akibat kekacauan yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari 2004.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.