Sunnah
Sunnah bererti "cara" atau "amalan", dan dengan itu, sunah nabi bererti "cara nabi", atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, al-Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Islam |
|---|
![]() |
|
Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunah adalah segala sesuatu yang diamalkan oleh Muhammad yang merupakan perbuatan, ketetapan, peribadi, akhlak, mahupun perilaku, sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, amalan Sunnah menurut mereka adalah perbuatan Muhammad untuk memenuhi kehendak Allah di dalam Quran (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Muhammad.
Kedudukan Sunah
Dengan itu, Sunah merupakan sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran, dan dimasukkan dalam kebanyakan buku berkenaan hadis. Sunnah yang bersifat ramalan dianggap sebagai wajib oleh kebanyakan orang Muslim, manakala sebilangan pengikut mazhab al-Quran Sahaja mengikut al-Quran sahaja dan menolak sebarang sunnah dan hadis sebagai sumber untuk Bimbingan Ketuhanan atau hukum agama. Banyak penyokong gerakan-gerakan liberal dalam Islam mendakwa bahawa sunnah yang bersifat ramalan harus dipatuhi dalam upacara amal dan penyembahan, tetapi boleh dipersoal dalam undang-undang Islam.
Sunah dan Hadis
Hadis ialah himpunan pengisahan dan keizinan. Walaupun terdapat setakat perbezaan antara takrif Hadis dengan takrif Sunnah yang dihuraikan di atas, perkataan-perkataan Sunnah dan Hadis boleh ditukar ganti ketika merujuk kepada Tradisi-tradisi.
Hadis-hadis dikelaskan mengikut statusnya berhubungan dengan teks (matan) dan rentetan penyampainya (isnad). Cendekiawan-cendekiawan Hadis telah mengaji Sunnah, baik dari segi konteks (matn) mahupun dari segi penyampainya untuk menentukan apa yang benar dan apa yang palsu dalam hadis-hadis itu. Kajian mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah Muslim awal serta juga pemetikan saintifik moden.
Melalui penyelidikan tentang para penyampai Hadis (isnad), cendekiawan-cendekiawan sains Hadis telah mencipta sebuah sistem untuk mengetahui kategori-kategori Hadis yang berbeza, serta bagaimana menilai teksnya (matn) supaya dapat menentukan adakah teks itu betul, baik, lemah, atau palsu. Terdapat sebuah tradisi tentang kedua-kedua biografi sejarah (Ilm ar-Rijal) Muhammad serta juga tentang bagaimana mengesahkan hadis — isnad atau "bahan sokongannya".
Sunnah dan fiqh
Sunnah harus dibezakan daripada kedua-dua fiqh yang merupakan pendapat-pendapat para pakar undang-undang klasik serta juga al-Quran yang merupakan wahyu yang tidak tercatat. Ia merupakan salah satu daripada banyak istilah dalam agama Islam yang susah diterjemahkan tanpa kehilangan maksudnya. Sejarah merumitkan penterjemahan lagi kerana andaian-andaian yang berbeza terhadap Sunnah menguasai Islam pada zaman-zaman yang lalu.
Lihat juga
Pautan luar
- Islamicity.com
- Sunnah dan Hadith Diarkibkan 2006-09-08 di Wayback Machine
- Perbandingan antara Sunnah dengan Hadis Diarkibkan 2006-11-13 di Wayback Machine
- Hadis dan Sunnah – Dua Konsep yang Berbeza
- Mendekati al-Quran dan Sunnah - Perkaedahan Klasik, Tradisional, dan Progresif Diarkibkan 2007-02-08 di Wayback Machine
- Sebilangan Soalan yang berkait dengan Sunnah Diarkibkan 2007-02-08 di Wayback Machine
- Gagasan-gagasan Pokok dari Sunnah Diarkibkan 2006-05-15 di Wayback Machine
- Kepercayaan Sunnah
