Alkohol

Dalam kimia, satu alkohol adalah mana-mana sebatian organik dengan satu hidroksil kumpulan (-OH) terikat kepada atom karbon, yang mana sebaliknya juga terikat kepada hidrogen dan/atau atom karbon lain. Formula am untuk alkohol asiklik adalah CnH2n+1OH.

Penamaan

Asal perkataan "alkohol"

Perkataan "alkohol" berasal daripada perkataan Arab, "kohl" (الكحل‎, al-kuḥl), sejenis serbuk yang digunakan sebagai celak mata.[1] Perkataan alkohol mula-mula ditakrifkan sebagai serbuk yang terhasil melalui pemejalwapan galian stibnit untuk membentuk antimoni trisulfida, Sb2S3, yang disifatkan sebagai "pati" (spirit) galian itu. Bahan ini digunakan sebagai antiseptik, celak mata dan kosmetik. Makna perkataan alkohol diluaskan kepada hasil-hasil penyulingan secara am, dan disempitkan kepada etanol apabila perkataan spirit menjadi sinonim dengan minuman keras.[2]

Tatanama sebatian

Berdasarkan tatanama piawai IUPAC, dalam penamaan sebatian alkohol ringkas, akhiran -a (-e dalam bahasa Inggeris) bagi nama suatu alkana digantikan dengan akhiran -ol, misalnya, etanol daripada nama alkana, etana. Apabila perlu, kedudukan kumpulan hidroksil dijelaskan dengan nombor di antara nama alkana dengan akhiran -ol, seperti propan-1-ol bagi CH3CH2CH2OH dan propan-2-ol bagi CH3CH(OH)CH.[3]

Sekiranya terdapat kumpulan berfungsi yang lebih utama, awalan hidroksi- (hydroxy- dalam bahasa Inggeris) digunakan, sebagai contoh, 1-hidroksi-2-propanon, CH3C(O)CH2OH.[4]

Sifat fizikal

Kumpulan hidroksil menjadikan alkohol bersifat kutub dengan membentuk ikatan hidrogen antara satu sama lain mahpun dengan sebatian lain. Ikatan sebegini juga menjadikan takat didih alkohol lebih tinggi daripada hidrokarbon dan eter lain yang setara: etanol misalnya mempunyai takat didih sebanyak 78.29 °C jika dibandingkan dengan 69°C daripada heksana dan 34.6 °C untuk dietil eter.

Tindak balas

Pengestaran

Alkohol dan asid karboksilik bertindak balas dalam suatu reaksi iaitu pengesteran Fischer (Fischer esterification). Tindak balas ini biasanya memerlukan bahan pemangkin seperti asid sulfurik pekat, seperti dalam persaman kimia di bawah:

R-OH + R'-CO2H → R'-CO2R + H2O

Pengoksidaan

Alkohol primer (R-CH2OH) boleh dioksidakan kepada aldehid (R-CHO) atau asid karboksilik (R-CO2H). Alkohol sekunder (R1R2CH-OH) melalui proses yang sama dan terhasil menjadi keton (R1R2C=O) sebagai produk akhir. Alkohol tertier (R1R2R3C-OH) pula kuat menangkis proses ini lalu tidak terjejas sekalipun.

Rujukan

  1. Harper, Douglas. "Alcohol". Etymonline. MaoningTech. Dicapai pada 17 May 2018.
  2. Lohninger, H. (21 Disember 2004). "Etymology of the Word "Alcohol"". Dicapai pada 17 Mei 2018. Unknown parameter |encyclopedia= ignored (bantuan)
  3. William Reusch. "Alcohols". VirtualText of Organic Chemistry. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2007. Dicapai pada 14 September 2007.
  4. Organic chemistry IUPAC nomenclature. Alcohols Rule C-201.

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Alkohol di Wikimedia Commons
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.