Sipitang

Sipitang merupakan pekan, daerah dan juga kawasan parlimen yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Daerah Sipitang yang terletak di selatan negeri Sabah, bersempadan dengan negeri Sarawak Lawas dan negara Indonesia (Kalimantan). Sipitang juga laluan utama dari Negara Brunei Darussalam melalui jalan darat dan laut serta laluan ke Wilayah Persekutuan Labuan. Butiran lanjut mengenai Daerah Sipitang disini Jumlah penduduk di daerah Sipitang dianggarkan seramai 12,076 pada tahun 1980, 24,349 pada tahun 1991 dan dijangka akan meningkat kepada 56,634 pada tahun 2010 .[1] Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu. Long Pasia merupakan salah satu tempat perlancongan di Dearah sipitang.

Sipitang
Transkripsi lain
Esplanad Sipitang, kawasan tumpuan baru di Pekan Sipitang

Jata
Moto: 
Setia Berkhidmat
Lokasi pekan dan daerah Sipitang
Sipitang
Lokasi pekan dan daerah Sipitang
Koordinat: 5°5′N 115°33′E
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
DaerahSipitang
Kerajaan
  BadanMajlis Daerah Sipitang
  Pegawai DaerahLatip Bin Amat
  MPYang Berhormat Tuan Haji Yamani Hafez Bin Musa (PH-PPBM) (Sipitang)
Luas
  Jumlah2,732 km2 (1,055 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
  Jumlah4,298
 Populasi di sekitar Sipitang sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah Sipitang.
Zon waktuMST
Poskod
98850
Tamu MingguanKhamis
Laman webww2.sabah.gov.my/pd.sptg/

Sejarah

Pejabat Majlis Daerah Sipitang

Sebelum tahun 1884, Sipitang adalah di bawah naungan Kesultanan Brunei. Pada 5 November 1884, Sultan Brunei menyerahkan kawasan jajahannya dari Sipitang ke Kuala Penyu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).[2] Penyerahan ini berikutan daripada sogokan yang diberikan oleh gabenor SBBU, William Treacher, kepada pihak Sultan.[3]

Pada 7 September 1901 pula, Sultan Brunei menyerahkan kawasan dari Sungai Sipitang sehingga ke Sungai Trusan kepada SBBU.[4] Sehubungan dengan itu, SBBU memperoleh kawasan Mengalong dan Merantaman di Sipitang pada 12 September 1901. Pemberian ini diperoleh daripada geran yang diberikan oleh Pangiran Tengah Damit ibni al-Marhum Pangiran Anak Bongsu.[5] Kawasan-kawasan tersebut diperoleh secara berasingan kerana kawasan sebegitu adalah hak milik persendirian pangiran-pangiran (putera-putera) melalui hak tulin mereka, maka tidak terletak di bawah kuasa Sultan.[6].

Sungai Sipitang menandakan sempadan British Borneo Utara dan Kesultanan Brunei sehingga tahun 1900. Pada tahun 1901, iaitu setelah SBBU memperoleh tanah dari Sungai Sipitang ke Sungai Trusan, pejabat pentadbiran ditubuhkan di Sipitang dan kawasan tersebut diletakkan di bawah nama Province Clarke. Daerah ini dinamakan sempena Sir Andrew Clarke. Matlamat penubuhan pejabat adalah untuk mengembangkan kawasan jajahan SBBU. Walau bagaimanapun, keadaan politik pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan SBBU menjual kembali beberapa kawasan berdekatan dengan Sungai Trusan, dan sempadan Borneo utara menyusut ke Mengalong (Sindumin).

Ekonomi

Kegiatan ekonomi utama di daerah Sipitang ialah kegiatan pembalakan. Sebuah kilang kertas dan pulpa dibina pada tahun 1987 di Sipitang dan dikendalikan oleh Sabah Forest Industries. Pada amnya, kegiatan pembalakan tidak menguntungkan orang-orang tempatan secara langsung, kerana kebanyakan mereka hanyalah terlibat dalam kegiatan perladangan dan perikanan kecil-kecilan.

Demografi

Jumlah penduduk sekitar Sipitang

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Sipitang pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[7]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 1,820 202 246 82 713 213 21 218 783 4,298
2020 (Akan Datang)
Etnik di Sipitang - Bancian 2010 [8]
Etnik percent
Kedayan
 
60%
Lundayeh dan Murut
 
30%
Lain-Lain
 
10%

Jantina

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Sipitang pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[7]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 2,116 2,182 4,298
Masjid Haji Hassim (Masjid Daerah Sipitang)

Pendidikan

Prauniversiti

  • Pusat Tingkatan Enam
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin

Sekolah Menengah


Kawasan pilihan raya

ParlimenAhli ParlimenParti
SipitangYamani Hafez MusaPN-BERSATU
ParlimenAhli ParlimenParti
SinduminYusof YakobWARISAN

Rujukan

  1. Town and Regional Planning Sabah, [online] http://www.townplanning.sabah.gov.my/Interior_Sipitang.htm Diarkibkan 2008-09-15 di Wayback Machine, access date: 12 September 2008
  2. nota: Si Putong ke Kwala Paniow [sic] British North Borneo Treaties. British North Borneo, 1884. (1999) State Attorney-General's Chambers. Sabah Laws. [Online] Available at: http://www.lawnet.sabah.gov.my/viewdoc.asp?id=sabahlaws&title=...&document=treaties/Treaties%20and%20Engagements%20(10).htm, Access date: 6 September 2008
  3. Haller Trost, R., Schofield, C., Martin, P. The Brunei-Malaysia Dispute over Territorial and Maritime Claims in International Law (1994)IBRU (International Boundary Research Unit) [Online] Available at: http://books.google.co.uk/books?id=ZMJYOA6g_dYC&printsec=frontcover&dq=The+Brunei-Malaysia+Dispute+Over+Territorial&sig=ACfU3U3YyWtEvAklcBgGiEXMpcFq20WHuA, pp. 12, Access date: 6 September 2008
  4. nota: Sepitong [sic] British North Borneo Treaties. British North Borneo, 1901. (1999) State Attorney-General's Chambers. Sabah Laws. [Online] http://www.lawnet.sabah.gov.my/viewdoc.asp?id=sabahlaws&title=Sabah_Laws&document=treaties/Treaties%20and%20Engagements%20(15).htm, Access date: 6 September 2008
  5. nota: Pangeran Pengah Damit [sic] http://www.royalark.net/Brunei/brunei7.htm
  6. Haller Trost, R., Schofield, C., Martin, P. The Brunei-Malaysia Dispute over Territorial and Maritime Claims in International Law (1994)IBRU (International Boundary Research Unit) [Online] Available at: http://books.google.co.uk/books?id=ZMJYOA6g_dYC&printsec=frontcover&dq=The+Brunei-Malaysia+Dispute+Over+Territorial&sig=ACfU3U3YyWtEvAklcBgGiEXMpcFq20WHuA, pp. 10-11, Access date: 6 September 2008
  7. "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27.
  8. "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Sipitang di Wikimedia Commons
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.