Semporna

Semporna merupakan sebuah daerah dan pekan besar di Sabah, Malaysia. Semporna juga adalah sebuah pulau tapi tidak ramai yang menyedarinya . Pulau Semporna di kelilingi banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja dalam bidang perlancongan termasuklah pulau Bum-bum. Sungai yang memisahkan Pulau Semporna dengan wilayah lain ialah Sungai Pegagau. Antara pulau yang paling diminati oleh pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan adalah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul[1]. Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon Tawau.

Pekan Semporna
سمڤورنا
Pekan Semporna

Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Tawau, Sabah
DaerahDaerah Semporna
Kerajaan
  BadanMajlis Daerah Semporna
  MPYang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal (WARISAN) (Semporna)
Penduduk
 (2010)
  Jumlah35,301
Laman webwww.sabah.gov.my/md.sprn www.sabah.gov.my/pd.sprn

Asal-Usul Nama Semporna

Bangunan Majlis Daerah Semporna

Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud 'tempat untuk berehat'. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887 (Tabrett 1999).

Pada zaman dahulu kala, Semporna dikenali sebagai Tong Talun yang bererti 'Hujung Hutan' dalam Bahasa Bajau. Nama Tong Talun ini diberi oleh masyarakat Bajau Kubang yang merupakan suku kaum utama di kawasan Semporna. Semporna juga mempunyai banyak pulau-pulau di antaranya pulau terbesar iaitu Pulau Bum-bum.Pulau Omadal adalah sebuah pulau yang di diami Oleh Suku kaum Kubang.Bajau Asli Tongtalun Sebelum era penerokaian tanah besar semporna pada abad ke 18.Semporna dahulu nya ialah wilayah bebas menjadi pusat persinggahan perdagangan antara laut sulu dan laut sulawesi

Pasaraya

  1. Milimewa Superstore
  2. Giant
  3. G*Mart
  4. Century
  5. Gmart Bintang
Lapangan Terbang Semporna

Demografi

Masjid Daerah Semporna
Agama di Semporna - Bancian 2010 [2]
religion percent
Islam
 
85%
Kristian
 
12.45%
Buddha
 
1%

Etnik

Masyarakat di Semporna berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di daerah Semporna ini adalah suku kaum Bajau.Dan bajau yang ada di semporna berpecah kepada pelbagai sub etnik.Etnik Bajau yang mendominasi daerah ini adalah dari etnik suku Bajau Kubang.Etnik bajau kubang adalah Etnik penduduk asal daerah ini walaupun di daerah ini adanya etnik bajau lain seperti ubian,simunul,balangingi,simunul,Mapun,Jomo Sama dan sebagainya

Semporna juga terkenal sebagai tuan rumah acara lumba dayung Regatta Lepa (lumba perahu kecil) yang dijalankan pada April setiap tahun dan juga tarian tradisional masyarakat Bajau iaitu tarian Igal-Ιgal ,Βolak-Βolak dan Ďaling-Ďaling masyarakat Βajau di daerah ini

Masakan

Makanan tradisional orang Bajau Semporna adalah seperti Sagul, Putu Ubi, Egang , Kima , Latok, Tayum, dan Tehek-Tehek.

Rujukan

  1. "Pekan Semporna". PulauMabul.com. Dicapai pada 28 March 2017.
  2. "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13

Pautan Luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.