Sinamu
Sinamu merupakan salah satu makanan tradisi suku kaum Rungus di Sabah. Pada zaman dahulu kala, penduduk suku kaum Rungus hidup dalam keluarga yang besar yang mana semua penduduknya tinggal dalam satu rumah panjang yang memuatkan 50 buah keluarga.
Sinamu inilah makanan yang sering dikongsi bersama dan ianya juga merupakan makanan pembuka selera. Sinamu ini boleh diperbuat daripada buah mangga, buah betik, buah nangka, bambangan (sejenis buah mangga) dan longgom (juga sejenis buah mangga) yang masih mengkal, belum masak sepenuhnya.
Buah yang masih mengkal ini boleh terus dijeruk kecuali buah nangka kerana buahnya agak keras untuk terus dimakan, jadi cara untuk menjeruk nangka ini supaya lembut sewaktu dimakan adalah merendamkannya dahulu dalam air panas ataupun separuh masak dalam belanga.untuk mengelakan cepat rosak atau basi garam dalam kuantiti yang banyak digunakn agar boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.