Metropolitan Iskandar Malaysia

Zon Metropolitan Iskandar Malaysia (Jawi: زون ميتروڤوليتن إسکندر مليسيا) atau Greater Johor Bahru merangkumi bandar-bandar utama di sekitar Wilayah Iskandar Malaysia yang merangkumi bandaraya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan sebahagian daerah Kluang serta mempunyai penduduk melebihi 1,000,000 orang. Bandar-bandar membentuk sebuah kawasan metropolis dengan menjadikan kawasan metropolis ketiga terbesar di Malaysia selepas Metropolitan Lembah Klang dan Zon Metropolitan Georgetown (Metropolitan Penang-Kedah Selatan) selain Metropolitan Lembah Kinta dan Metropolitan Alor Setar. Zon Metropolitan Iskandar Malaysia ini sedang pesat membangun dan bakal menjadi metropolitan kedua terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang dengan jumlah penduduk melebihi 3 juta orang.

Bandar-bandar metropolitan

Johor Bahru
Medini Iskandar

Pihak Berkuasa Tempatan di Kawasan Metropolitan

  • Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
  • Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
  • Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)
  • Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)
  • Majlis Perbandaran Kluang (MPK)
  • Majlis Perbandaran Pengerang (MPP)
  • Majlis Perbandaran Pontian (MPPn)
  • Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)

Pusat Pendidikan

Destinasi Pelancongan

  • Legoland Malaysia (Legoland pertama di Asia dan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia)
  • Puteri Habour Family Theme Park (taman tema ini merupakan taman tema yang pertama dibina di dunia)
  • Taman Tema Air Austin Heights
  • Teluk Danga
  • Bazar Karat (terletak di Daerah Sentral Johor Bahru)
  • Zoo Johor
  • Dataran Bandaraya Johor Bahru
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.