Khanom Tokyo

Khanom Tokyo atau Khanom Tokiao (Bahasa Thai: ขนมโตเกียว, RTGS: khanom tokiao, disebut [kʰā.nǒm tōː.kīa̯w]) ialah makanan ringan jalanan Thai. Ia adalah lenmpeng rata nipis yang diisi dengan krim kastard manis. Beberapa jenisnya mempunyai rasa savuri, seperti toping daging babi atau sosej.

Khanom Tokyo
JenisMakanan ringan, lauk
Tempat asalThailand
KawasanAsia Tenggara
Dicipta olehOrang Thai
Bahan utamaTelur, tepung gandum, gula, susu segar, dan soda penaik
di Wikibuku Buku Masakan: Khanom Tokyo  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Khanom Tokyo
Khanom Tokyo bersama hot dog semasa festival buah di Uttaradit, Thailand.

Sejarah

Makanan ringan itu dipercayai dijual buat pertama kalinya pada tahun 1967 di sebuah gedung membeli-belah Jepun di Bangkok, bernama Thai-Daimaru (タイ大丸), dan dikatakan sebagai penyesuaian Thailand daripada dorayaki Jepun.[1][2]

Makanan ringan ini boleh berasa manis atau savuri. Dalam bahasa Thai, khanom bermaksud "makanan ringan" atau "manis". Nama Tokyo diambil sempena ibu negara Jepun. Walaupun nama makanan ringan ini mencadangkan asal-usul Jepun, pada hakikatnya ini adalah hasil ciptaan Thailand.[1]

Bahan

Adunan dibuat daripada telur, tepung gandum, gula, susu segar, soda penaik. Isinya biasanya manis: krim vanila, keladi, krim pandan, pelbagai jem buah, kelapa parut, serbuk koko dll. Selalunya terdapat juga jenis savuri yang intinya dicampurkan dengan telur puyuh atau sosej kecil.[3]

Rujukan

  1. Taey Ch (2017-09-26). "ประวัติ 7 อาหารไทยชื่อต่างประเทศ ชื่อนี้มาจากไหน??". Mango Zero (dalam bahasa Thai). Bangkok: The Zero Publishing. Dicapai pada 2017-11-13.
  2. Sereemongkonpol, Pornchai (2016-03-04). "Throw out the cookbook". Guru. Bangkok Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2016-07-10.
  3. ศรีโช, สิทธิโชค (September 2016). "ไทยแลนด์โอนลี่ 8 อาหารญี่ปุ่นเหล่านี้มีเฉพาะเมืองไทย!". SPECIAL SCOOP. HEALTH & CUISINE ปีที่ 16 (dalam bahasa Thai). Jil. 188. m/s. 32.

Pautan luar

Templat:Pancakes

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.