Hari Arafah

Hari Arafah (Bahasa Arab: يوم عرفة, translit. Yawm ‘Arafah) ialah sebuah perayaan Islam yang berlaku pada 9 Zulhijah dalam kalendar Hijrah Islam. Hari ini merupakan hari kedua dalam ibadah Haji. Pada hari ini, para jemaah pergi ke Gunung Arafah dari Mina serta padang Arafah. Di gunung ini, Nabi Muhammad SAW memberikan khutbah-khutbah terakhirnya pada tahun terakhir kehidupannya. Dalam kalangan umat Islam, dikatakan bahawa ayat-ayat Al-Qur'an berkenaan kesempurnaan ajaran Islam telah diturunkan di sini. Pada hari ini umat Islam yang berada di negara masing-masing digalakkan untuk berpuasa sunat yang dipanggil Puasa Arafah. [1]

Hari Arafah
Nama rasmiيوم عرفة
JenisIslam
KepentinganMemperingati khutbah terakhir Muhammad dan penyempurnaan mesej Islam. Menandakan hari kedua haji untuk jutaan orang Islam yang datang ke Makkah setiap tahun. Hari untuk Muslim yang tidak melaksanakan haji untuk berpuasa dan bertaubat.
Diamalkan olehSolat, puasa, taubat
Tarikh9 Zulhijjah
KekerapanTahunan
Berkaitan denganHari Raya Aidiladha, festival utama Islam yang berlaku pada hari selepas Hari Arafah

Lokasi

Gunung Arafah[2] ialah sebuah bukit granit sekitar 20 km (12 bt) tenggara Mekah di dataran Arafah. Gunung Arafah mencapai sekitar 70 m (230 ka) tinggi dan dikenali sebagai "Gunung Rahmat" (Jabal ar-Rahmah). Menurut ajaran Islam, bukit tersebut tempat Nabi Muhammad SAW berdiri dan menyampaikan Khutbah Terakhir kepada orang-orang Islam yang menemani baginda untuk ibadah haji menuju akhir hayat baginda.[3]

Rujukan

  1. Long, David E. (1979). The Hajj Today: A Survey of the Contemporary Pilgrimage to Makkah. m/s. 19. ISBN 0-87395-382-7.
  2. Peters, F. E. The Hajj: The Muslim Pilgrimage to Mecca and the Holy Places. Princeton University Press. ISBN 978-0691021201.
  3. Caudill, Mark A. Twilight in the Kingdom: Understanding the Saudis (Praeger Security International). Praeger. m/s. 51. ISBN 978-0275992521. Dicapai pada 30 June 2006.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.