Bedil
Bedil (Tulisan Jawi: بديل) ialah istilah rantau Nusantara di Asia Tenggara Maritim yang merujuk kepada pelbagai jenis senjata api dan senjata ubat bedil, dari pistol cucuh sumbu kecil hingga meriam besar pengepungan.

Peristilahan
Istilah bedil berasal dari kata Bahasa Tamil: வெடில், translit. veṭil atau வெடியல் veṭiyal[1] dan wediluppu (atau wediyuppu) yang aslinya bermaksud "letupan"[1][2] - kata-kata ini masing-masing merujuk kepada letupan ubat bedil dan niter (kalium nitrat), ia diserap menjadi bedil atau badel[2][3][4] (بديل, melalui bentuk lama wedil atau wediyal)[2] dalam bahasa Melayu merujuk kepada semua jenis senjata yang menggunakan "ubat" mampu meletup ini.
Perkataan ini turut diserap dalam bahasa-bahasa Nusantara lain termasuk:
- Bahasa Jawa dan Bali: bedil dan bedhil (ꦧꦺꦢꦶꦭ꧀, ꦧꦺꦝꦶꦭ꧀)
- Bahasa Sunda: bedil
- Bahasa Batak: bodil
- Bahasa Makassar: badili ᨅᨉᨗᨒᨗ
- Bahasa Bugis: balili ᨅᨒᨗᨒᨗ
- Bahasa Dayak: badil
- Bahasa Tagalog: baril
- Bahasa Bisaya: bádil
- Bahasa Bikol: badil
Sejarah
Pengetahuan mengenai senjata berasas ubat bedil diperkenalkan ke kerajaan Jawa ketika tentera Cina Kublai Khan di bawah pimpinan Ike Mese berusaha menyerang Jawa pada tahun 1293. Buku Sejarah Yuan (Yuan shi) menyebutkan bahawa orang Mongol menggunakan meriam (bahasa Cina: Pao) menentang pasukan Daha.[5] Majapahit di bawah Mahapatih (perdana menteri) Gajah Mada (bertugas tahun 1329-1364) memanfaatkan teknologi senjata serbuk mesiu yang diperoleh dari dinasti Yuan untuk digunakan dalam armada laut.[6]:57 Salah satu catatan paling awal tentang adanya meriam dan penembak artileri di Jawa adalah dari tahun 1346.[7] Meriam pusing isian belakang yang dibuat oleh orang Jawa, cetbang, pada awalnya dikenali dengan nama bedil, kata yang menunjukkan senjata berasaskan serbuk mesiu apapun.[8]

Pendahulu senjata api, meriam galah (bedil tombak), dicatat digunakan oleh Jawa pada tahun 1413.[9][10]:245 Namun ilmu membuat senjata api sebenar datang jauh setelah penggunaan meriam pusing, selepas pertengahan abad ke-15. Ia dibawa oleh negara-negara Islam di Asia Barat, kemungkinan besar oleh orang Arab. Tahun pengenalan yang tepat tidak diketahui, tetapi ia dapat disimpulkan dengan selamat tidak lebih awal daripada tahun 1460.[11]:23 Ini menghasilkan perkembangan arquebus Jawa, yang aslinya juga disebut dengan nama bedil.[12] Pengaruh Portugis terhadap persenjataan lokal terutama setelah perebutan Melaka (1511) menghasilkan senjata api cucuh sumbu tradisi campuran jenis baru iaitu istinggar.[13]

Para askar penjajah Portugis dan Sepanyol kadang-kadang terkejut dan bahkan kalah dalam hal persenjataan.[14] Duarte Barbosa mencatat banyaknya senjata berasaskan mesiu di Jawa sekitar 1516. Orang Jawa dianggap sebagai pembina senjata api yang ahli dan penembak artileri yang baik. Senjata yang dijumpai di sana termasuk meriam satu paun (cetbang atau rentaka), senapang lantak panjang, spingarde (arquebus), schioppi (meriam tangan), api Yunani, gun (bedil besar atau meriam), dan senjata api atau mercun lainnya.[15][16] Ketika Melaka jatuh ke Portugis pada tahun 1511 M, meriam pusing isian belakang (cetbang) dan meriam pusing isian depan (lela dan rentaka) ditemui dan ditangkap oleh Portugis.[17]:50 Semasa pertempuran itu, orang-orang Melayu menggunakan meriam, senapang matchlock, dan "tiub tembak".[18] Pada awal abad ke-16, orang Jawa telah menghasilkan meriam besar secara tempatan, beberapa dari mereka masih bertahan hingga sekarang dan digelar sebagai "meriam keramat" atau "meriam suci". Meriam ini bervariasi antara 180-260 paun, dengan berat antara 3-8 tan, panjangnya antara 3-6 m.[19]
Penuaian saltpeter dicatat oleh pelancong Belanda dan Jerman sebagai biasa di kampung terkecil dan dikumpulkan dari proses penguraian bukit-bukit kotoran besar yang ditumpuk khusus untuk tujuan tersebut. Hukuman Belanda kerana memiliki mesiu yang tidak dibenarkan nampaknya adalah amputasi.[20] Pemilikan dan pembuatan mesiu kemudian dilarang oleh penjajah Belanda.[21] Menurut kolonel McKenzie yang dikutip dalam buku Sir Thomas Stamford Raffles, The History of Java (1817), belerang paling suci dibekalkan dari kawah dari gunung berhampiran selat Bali.[22]

Bagi senjata api yang menggunakan mekanisme kancing batu, penduduk kepulauan Nusantara bergantung pada kekuatan Barat kerana tidak ada tukang besi tempatan yang dapat menghasilkan komponen rumit seperti itu.[23]:cxli[24][25]:42 dan 50 Senjata api flintlock ini adalah senjata yang sangat berbeza dan dikenali dengan nama lain, iaitu senapan atau senapang, yang berasal dari perkataan Belanda snappaan.[26]:22 Kawasan pembuatan senjata Nusantara boleh membina senjata ini, laras dan bahagian kayu dibuat secara tempatan, tetapi mekanisme itu diimport dari penjajah Eropah.[25]:42 dan 50[24][27]:65 Sebuah buku yang menerangkan cara mengisi, membidik dan menembak serta menjaga senjata bedil dalam kalangan "pendekar tembak" iaitu Ilmu Ubat Bedil mula muncul pada pertengahan abad ke-19.[3]
Senarai senjata yang dikelaskan sebagai bedil

Di bawah ini adalah senjata yang secara historis boleh disebut bedil. Penerangan lengkap boleh didapati di setiap halaman. Ini disusun mengikut abjad.[13]
Arquebus Jawa
Arquebus Jawa adalah senjata api kancing sumbu panjang primitif dari Jawa, digunakan sebelum kedatangan penjelajah Iberia (orang Portugis dan Sepanyol).
Bedil tombak
Meriam galah buatan tempatan.
Cetbang
Meriam pusing isian belakang awal yang dibina oleh orang Jawa.
Ekor lotong
Meriam pusing dengan unjuran yang mirip ekor monyet lutung.[28]
Istinggar
Jenis senjata api matchlock, hasil pengaruh Portugis terhadap persenjataan tempatan, terutama selepas perebutan Malaka (1511).
Lela
Lela adalah sejenis meriam, serupa tetapi bersaiz lebih besar daripada rentaka.
Meriam
Dahulu kata ini digunakan untuk satu jenis meriam, sekarang ini adalah kata de facto bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia untuk "cannon".[29][30]
Meriam kecil miniatur
Juga dikenali sebagai meriam mata wang, senjata api ini dihasilkan terutamanya untuk barang dagangan dan barang koleksi.
Pemuras
Senjata api dengan mulut yang semakin melebar (flared muzzle).
Rentaka
Meriam pusing tempatan, sangat popular di kalangan orang Melayu.
Lihat pula
Rujukan
- "வெடியல் < வெடில்". University of Madras Tamil Lexicon. Universiti Chicago. Dicapai pada 31 Julai 2020 – melalui Digital Dictionaries of South Asia.
- Kern, H. (January 1902). "Oorsprong van het Maleisch Woord Bedil". Bijdragen tot de taal-, land- en volkenkunde / Journal of the Humanities and Social Sciences of Southeast Asia. 54: 311–312.
- Aswandi Syahri (6 Ogos 2018). "Kitab Ilmu Bedil Melayu". Jantung Melayu. Dicapai pada 10 Februari 2020.
- Rahmawati, Siska (2016). "Peristilahan Persenjataan Tradisional Masyarakat Melayu di Kabupaten Sambas". Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Khatulistiwa. 5.
- Song Lian. History of Yuan.
- Pramono, Djoko (2005). Budaya Bahari. Gramedia Pustaka Utama. ISBN 9789792213768.
- Beauvoir, Ludovic (1875). Voyage autour du monde: Australie, Java, Siam, Canton, Pekin, Yeddo, San Francisco. E. Plon.
- "Mengejar Jejak Majapahit di Tanadoang Selayar - Semua Halaman". National Geographic Indonesia. Dicapai pada 19 Mac 2020.
- Mayers (1876). "Chinese explorations of the Indian Ocean during the fifteenth century". The China Review. IV: p. 178.
- Manguin, Pierre-Yves (1976). "L'Artillerie legere nousantarienne: A propos de six canons conserves dans des collections portugaises". Arts Asiatiques. 32: 233–268.
- Crawfurd, John (1856). A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries. Bradbury and Evans.
- Kern, H. (January 1902). "Oorsprong van het Maleisch Woord Bedil". Bijdragen tot de taal-, land- en volkenkunde / Journal of the Humanities and Social Sciences of Southeast Asia. 54: 311–312.
- Andaya, L. Y. 1999. Interaction with the outside world and adaptation in Southeast Asian society 1500–1800. In The Cambridge history of southeast Asia. ed. Nicholas Tarling. Cambridge: Cambridge University Press, 345–401.
- Atsushi, Ota (2006). Changes of regime and social dynamics in West Java : society, state, and the outer world of Banten, 1750–1830. Leiden: Brill. ISBN 978-90-04-15091-1.
- Barbosa, Duarte (1866). A Description of the Coasts of East Africa and Malabar in the Beginning of the Sixteenth Century. The Hakluyt Society.
- Partington, J. R. (1999). A History of Greek Fire and Gunpowder (dalam bahasa Inggeris). JHU Press. ISBN 978-0-8018-5954-0.
- Charney, Michael (2004). Southeast Asian Warfare, 1300-1900. BRILL. ISBN 9789047406921.
- Gibson-Hill, C. A. (July 1953). "Notes on the old Cannon found in Malaya, and known to be of Dutch origin". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 26: 145–174 – melalui JSTOR.
- Modern Asian Studies. Vol. 22, No. 3, Special Issue: Asian Studies in Honour of Professor Charles Boxer (1988), pp. 607–628 (22 pages).
- Raffles, Thomas Stamford (1978). The History of Java (ed. [Repr.].). Kuala Lumpur: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-580347-1.
- Dipanegara, P.B.R. Carey, Babad Dipanagara: an account of the outbreak of the Java war, 1825–30 : the Surakarta court version of the Babad Dipanagara with translations into English and Indonesian volume 9: Council of the M.B.R.A.S. by Art Printing Works: 1981.
- Thomas Stamford Raffles, The History of Java, Oxford University Press, 1965 (originally published in 1817), ISBN 0-19-580347-7
- Raffles, Sir Thomas Stamford (1830). The History of Java, Volume 2. Java: J. Murray.
- Egerton, W. (1880). An Illustrated Handbook of Indian Arms. W.H. Allen.
- Tarling, Nicholas (1999). The Cambridge History of Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-66370-0.
- Crawfurd, John (1856). A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries. Bradbury and Evans.
- Dasuki, Wan Mohd (2014). "Malay Manuscripts on Firearms as an Ethnohistorical Source of Malay Firearms Technology". Jurnal Kemanusiaan. 21: 53–71.
- Teoh, Alex Eng Kean (2005). The Might of the Miniature Cannon A treasure of Borneo and the Malay Archipelago. Asean Heritage.
- Dewan Bahasa dan Pustaka (2014). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Departemen Pendidikan Nasional (2008). Kamus Besar Bahasa Indonesia Pusat Bahasa Edisi Keempat. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.


