Lombok
Lombok merupakan sebuah pulau di Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Pulau ini mempunyai keluasan 4,725 km². Mataram merupakan bandar utama yang terdapat di pulau ini.
| Geografi | |
|---|---|
| Lokasi | Asia Tenggara |
| Koordinat | 8.565° S 116.351° E |
| Kepulauan | Kepulauan Kecil Sunda |
| Pentadbiran | |
Indonesia | |
| Demografi | |
| Populasi | 2,536,000 |

Sebuah masjid di sebuah perkampungan tradisional suku kaum Sasak
Penduduk Pulau Lombok pada tahun 1990 adalah seramai 2,403,025 orang.Lebih kurang 80% penduduk pulau ini adalah terdiri daripada suku Sasak, sebahagian besarnya memeluk agama Islam. Di kalangan mereka terdapat sebuah golongan yang menganuti agama Islam tempatan yang dipanggil Wetu Telu. Baki penduduk di Pulau Lombok adalah orang Bali, Jawa, Cina dan Arab.
Gunung Berapi Rinjani mempunyai ketinggiannya setinggi 3,726 meter di atas permukaan laut, iaitu gunung ketiga tertinggi di Indonesia.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.