Yazmin Aziz

Yazmin Aldwin Abdul Aziz (lahir 10 September 2001) ialah seorang penyanyi dan pencipta lagu Malaysia berketurunan Filipina.[1] Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat.[2]

Yazmin Aziz
Latar belakang
Nama lahirYazmin Aldwin binti Abdul Aziz
Kelahiran (2001-09-10) 10 September 2001
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, R&B, Soul, Lofi
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu
InstrumenVokal, gitar, Piano
Tahun aktif2017–kini

Pendidikan

Yazmin Aziz belajar pidato dan drama di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur. Semasa menjadi pelajar, dia membuat persembahan dalam sebuah produksi teater muzikal.[3] Beliau berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris, Tagalog dan Melayu.[4] Beliau menamatkan pengajian Diploma Komunikasi pada Mei 2021 dan kini sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda Sastera dalam Komunikasi Massa (Pengajian Media) di Universiti HELP.

Kejayaan awalnya dalam pertandingan bakat membawa kepada usahanya untuk bermain gitar dan vokal.[5] Sejak itu, beliau telah menduduki tempat tiga teratas dalam beberapa pertandingan, termasuk pingat perak dalam persembahan vokal di Kejohanan Seni Persembahan Dunia Maya 2020;[6] Pingat perak dan anugerah industri dalam persembahan vokal di Kejohanan Seni Persembahan Dunia 2017 di Long Beach, California;[7] Kejohanan Dunia Karaoke 2019 di Tokyo;[8] Global Pinoy Idol;[9] dan tempat ketiga dalam Bakat Ohsem Malaysia anjuran Hurr.tv.[10]

Yazmin belajar persembahan vokal dengan Vince Chong.[5]

Kerjaya muzik

Single pertama Yazmin, "Lihatlah" ditulis bersama dengan jurulatih vokalnya Vince Chong. Beliau bekerja dengan M. Zulkifli Abdul Jalil dalam lirik, yang mana beliau nyanyi dan rapkan. Lagu itu diambil oleh Warner Music untuk diedarkan.[5][11]

Yazmin mempunyai persembahan dikenali di Malaysia termasuk muncul dalam rancangan TV Filipina, ASAP Chillout[12] menyanyi lagu yang ditulisnya, bersama-sama dengan persembahan beatboxing Michael Pacquiao dan juga telah memasuki carta muzik di radio arus perdana menerusi single "Cold Rainy Days" dan "Soul Connection" di Hitz Met10.[13]

Yazmin juga menjadi Artis Bulan Ini oleh Hitz untuk bulan November 2020.[14]

Beliau pernah bekerjasama dengan artis Filipina-Amerika JayR dan Kris Lawrence, serta penerbit dari Libya, Debani.[1]

Diilhamkan oleh wabak Covid-19, Yazmin telah mengeluarkan lagu terbarunya, "Soul Connection".[15]

Beliau juga merupakan peserta rancangan Lagu Cinta Kita musim kedua di TV3[16] dan Big Stage musim keempat di Astro Ria.[17]

Diskografi

  • Crush, 2021
  • Bosan, 2021
  • Ruling Game, 2020
  • Soul Connection, 2020
  • Cold Rainy Days, 2020 [13]
  • Heart & Soul, 2020 [1]
  • Lihatlah, 2018[1]

Rujukan

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.