Windows Live

Windows Live merupakan jenama keseluruhan bagi sekumpulan perkhidmatan Microsoft yang sedang dalam pembangunan. Khidmat atas talian Windows Live baru dan bersepadu, yang dijenamakan semula secara berperingkat dari MSN merupakan usaha terbaru Microsoft untuk bersaing dengan pesaing-pesaing yang pesat membangun seperti Google. Secara amnya perkhidmatan ini dicapai melalui pelayar web, dan data yang diperlukan untuk mengendalikannya (serta data yang dimasukkan oleh pengguna dalam perkhidmatan) disimpan dalam pelayan jarak jauh dan bukan komputer tempatan. Jenis perisian ini dianggap oleh ramai orang, termasuk Microsoft dan Google, sebgai masa depan bidang komputer kerana data perkhidmatan dan pengguna boleh didapati di mana-mana, tanpa memasang apa-apa perisian aplikasi tambahan.

Windows Live
Tampilan laman Windows Live
Jenis laman web
Software plus services
(Web applications)
PemilikMicrosoft
Diciptakan olehMicrosoft
URLwww.live.com
KomersialTidak
PendaftaranDiperlukan
Bil. pengguna330 juta

Antara perkhidmatan yang mempunyai jenama Windows Live adalah Windows Live Mail, Windows Live OneCare Safety Scanner, Windows Live Favorites, Windows Live OneCare, Windows Live Messenger, Windows Live Search, Windows Live Alerts dan Windows Live Local. Kebanyakannya masih dalam peringkat versi beta, namun ada enam yang telah siap: Windows Live OneCare, Windows Live Custom Domains, Windows Live Favorites, Windows Live Messenger, Windows Live Toolbar dan Windows Live Expo. Kebanyakan perkhidmatan MSN akan digantikan dengan perkhidmatan Windows Live, menandakan peranjakan penting dari nama "Microsoft Network" kepada perkhidmatan atas talian yang lebih berkait dengan sistem pengendalian Windows.

Rujukan

    Pautan luar

    This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.