Wafariena Roslan
Wafariena binti Roslan (lahir 19 Julai 1995) atau lebih dikenali sebagai WAFARIENA merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Malaysia.[1]
Wafariena Roslan | |
|---|---|
| Kelahiran | 19 Julai 1995 |
| Nama lain | Wafa |
| Pekerjaan | Pelakon, model, penyanyi |
| Tahun aktif | 2015–kini |
| Terkenal kerana | 7 Hari Mencintaiku 2 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Media Asia Production |
Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/2019. Beliau melancarkan single pertama berjudul "Carilah Aku" yang dikeluarkan pada November 2019.[2] Antara karya lakonannya termasuk filem Butak, drama 7 Hari Mencintaiku 2 dan telefilem Kisah Seram Hostel.[3][4]
Kerjaya
Sebelum menceburi bidang lakonan, Wafariena Roslan terlebih dahulu bergiat aktif dalam bidang muzik sebagai penyanyi. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai penyanyi pancaragam di Polis Diraja Malaysia (PDRM). Wafariena kemudian menyertai ujibakat pertandingan Dewi Remaja 2018/2019, namun tidak terpilih sebagai peserta.
Kerjaya lakonannya bermula dengan membintangi telefilem bertajuk Kisah Seram Hostel yang disiarkan di Astro Citra. Pada November 2019, Wafariena merakamkan single sulungnya bertajuk "Carilah Aku" yang berkonsepkan balada nukilan Johari Teh dan Aryan. Ia dikeluarkan menerusi label Media Asia Production (MAP Music).[2]
Wafariena mula mendapat perhatian meluas dalam bidang lakonan menerusi watak Nurul Ain dalam 7 Hari Mencintaiku 2 dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha. Keberkesanan watak lakonannya dalam drama itu, menyebabkan Wafariena dilabel sebagai 'perosak rumah tangga orang', malah turut menerima ugutan disimbah asid.[5]
Beliau bakal muncul dalam beberapa drama lakonannya termasuk Rindu Tak Bersayap dan Hidayah Bukan Milik Kita.[6] Wafariena ialah salah seorang daripada 24 penyanyi amatur yang mengambil bahagian dalam rancangan Vokal Mania terbitan TV3.[7]
Kehidupan peribadi
Wafariena dilahirkan dan dibesarkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia 15 tahun dan sejak itu beliau dan adik-beradiknya dibesarkan oleh ibu mereka yang berstatus ibu tunggal. Beliau juga fasih berbahasa Mandarin dan pernah belajar di sebuah sekolah Cina.[8]
Wafa mendedahkan dalam temubual bersama Kosmo! pada Ogos 2020 bahawa beliau pernah ditawarkan bekerja sebagai gadis pengiring kepada golongan kenamaan dengan bayaran sebanyak RM120,000 satu malam.[9]
Kakaknya meninggal dunia pada November 2020 selepas melahirkan bayi lelaki.[10]
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Peranan |
|---|---|---|
| 2020 | Butak | Wafa |
| 2021 | Arwah Pak Mat, Lif & AJK | Ayu |
Drama
| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2020 | 7 Hari Mencintaiku 2 | Nurul Ain | TV3 | Slot Akasia |
| 2020–21 | Potong | Astro Warna | ||
| 2021 | Romantika 4 Hari 3 Malam | Raina | TV3 | Slot Lestary |
| Baby Tak Gila | Baby | Hypp Sensasi | ||
| One Two Hantu 2 | Chom Bi | Awesome TV | ||
| Kiblat Yang Hilang | Suraya | |||
| Saat Kau Takluk Cinta Ini | Kamelia | TV3 | Slot Samarinda | |
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 2019 | Kisah Seram Hostel | Orkid | Astro Citra |
| 2021 | Kembar Keliru | Cendana | Awesome TV |
| Rindu Tak Bersayap | Ain | TV Okey | |
Televisyen
| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 2020 | Vokal Mania | Dirinya sendiri/tetamu jemputan | TV3 |
| 2021 | Tok Kata | Artis Jemputan | Awesome TV |
Diskografi
| Tahun | Tajuk |
|---|---|
| 2019 | |
Anugerah dan pencalonan
| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan | Ruj. |
|---|---|---|---|---|
| 2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon | [11] |
Rujukan
- Nur Asyikin Mayudin (31 Oktober 2020). Wafariena mahu dikenali sebagai penyanyi, cuba nasib bertanding dalam Vokal Mania - "Saya ada dua single sebelum ini" mStar Online. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
- Kamaruddin Razal (7 Januari 2020). Wafariena Roslan perkenalkan bakat nyanyian menerusi lagu Carilah Aku Astro Gempak. Dicapai pada 27 Ogos 2020.
- Ridzuan Abdul Rahman (12 Ogos 2020). Ramai panas hati Harian Metro. Dicapai pada 21 Ogos 2020.
- Bissme S. (13 November 2020). Off to a good start The Sun Daily. Dicapai pada 9 Disember 2020.
- Serimah Mohd Sallehuddin (8 Ogos 2020). Wafariena diugut simbah asid Berita Harian. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
- Ridzuan Abdul Rahman (28 Oktober 2020). 'Bukti saya boleh menyanyi' Harian Metro. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
- Wafariena yakin nyanyian setaraf Aina Abdul Kosmo!. 19 Oktober 2019. Dicapai pada 29 Oktober 2019.
- Mohd Haikal Isa (23 Ogos 2020). Hutang budi 'Nurul Ain' - Wafariena Kosmo!. Dicapai pada 27 Ogos 2020.
- Mohd Haikal Isa (15 Ogos 2020). Wafariena ditawar RM120,000 jadi escort girl Kosmo!. Dicapai pada 17 Oktober 2016.
- Shira (4 November 2020). Kakak Wafariena Roslan meninggal dunia Oh! Bulan. Dicapai pada 4 November 2020.
- Serimah Mohd Sallehuddin (15 Oktober 2020). 'Menjerit' dicalonkan ABPBH 33 Berita Harian. Dicapai pada 17 Oktober 2020.