Universal Studios

Universal Studios, anak syarikat NBC Universal, ialah salah satu daripada enam buah studio filem utama di Amerika Syarikat. Bahagian penerbitan/pengedaran wayang gambar utamanya dipanggil Universal Pictures.

Universal Pictures
Nama dahulu
Universal Film Manufacturing Company
Anak syarikat
IndustriFilem
Ditubuhkan30 April 1912 (1912-04-30)
Pengasas
  • Carl Laemmle
  • Pat Powers
  • David Horsley
  • William Swanson
  • Mark Dintenfass
  • Charles Baumann
  • Robert H. Cochrane
  • Adam Kessel
  • Jules Brulatour
Ibu pejabat10 Universal City Plaza[1], Bandar Universal, California, Amerikat Syarikat
Bilangan kawasan
3
Tempat diberi khidmat
Antarabangsa
Tokoh penting
  • Donna Langley (Pengerusi)
  • Jimmy Horowitz
  • (Presiden)
  • Jeff Shell (Pengerusi, Filmed Entertainment)
KeluaranFilem
Hasil US$4.239 bilion (2011)
US$27 juta (2011)
IndukNBCUniversal
Pembahagian
Laman web rasmi
universalpictures.com

Universal Studios yang diasaskan pada tahun 1912 oleh Carl Laemmle ialah salah sebuah studio perfileman tertua yang masih beroperasi di Amerika Syarikat. Pada tahun 2004, pegangan mengawal syarikat ini dijual oleh Vivendi Universal kepada General Electric, syarikat induk rangkaian TV NBC, sehingga lahirnya super-konglomerat media yang digelar NBC Universal, manakala Universal Studios Inc. kekal sebagai nama anak syarikat penerbitannya. Selain memiliki pustaka filem yang besarnya terbentang dari hasil zaman awal perfileman hingga ke karya masa kini, ia juga memiliki sehimpunan besar rancangan TV melalui anak syarikatnya, NBC Universal Television Distribution. Universal Studios juga memperoleh hak milik sebilangan karya pembikin filem tersohor yang pernah diterbitkan oleh studio lain, melalui anak-anak syarikatnya dari masa ke semasa. Syarikat ini juga memiliki lesen taman tema untuk watak kartun Scooby-Doo dan Shaggy yang muncul di Universal Studios Hollywood dan Universal Studios Florida.

Studio penerbitannya terletak di alamat 100 Universal City Plaza Drive di Universal City, California. Pejabat pengedaran dan korporat lain pula bertapak di Bandaraya New York. Universal Pictures ialah studio Hollywood kedua tertua, mengekori Paramount Pictures milik Viacom dengan beza sebulan sahaja.

Rujukan

  1. "Contact Us". NBCUniversal.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.