Tahil

Tahil (Jawi: تهيل, ejaan lama تاهل) ialah satu unit sukatan berat digunakan di rantau-rantau Asia Timur dan Tenggara yang lebih kurang bersamaan dengan 37.8 gram,[1] dan juga bermaksud jongkong tahil China (Cina: , liǎng dalam bahasa Mandarin, leung dalam bahasa Kantonis[2]), sebagai sebahagian sistem sukatan dan matawang China.

Sycee berbentuk perahu.

Terdapat pelbagai piawaian sukatan tahil bergantung pada setempat dan jenis dagangan. Secara amnya, tahil perak beratnya kira-kira 40 gram. Sukatan kerajaan yang paling kerap digunakan ialah tahil kùpíng (庫平 "perbendaharaan") yang beratnya kira-kira 37.3 gram. Satu lagi sukatan komersial yang sering digunakan, iaitu tahil cáopíng (漕平) terdiri daripada perak kurang tulen yang beratnya 36.7 gram.

Peristilahan

Nama-nama setempat diberi untuk unit ini adalah seperti berikut:

Unit tahil juga pernah diseertikan dengan bungkal (Jawi: بڠكل) di mana 16 kali kedua-dua unit ini bersamaan 1 kati atau 1/13 auns,[5] namun timbangan bungkal beralih pada abad ke-19 di mana 12 bungkal bersamaan 1 kati.[6]

Kegunaan

Zaman dahulukala

Nama tahil dipakai jua kepada matawang emas dari kerajaan Sailendra berberat 2.5 Gram.[7]

Kesultanan Melaka menetapkan timbangan tahil kepada pecahan-pecahan berikut:

  • 16 mayam (1 mayam = 12 kenderi) = 1 tahil[8]
  • 16 mas atau emas (Jawi: امس) bersamaan 1 tahil[9][10]
  • 12 tahil = 1 dram[10]
  • 16 tahil = 1 kati
  • 1,600 tahil = 1 pikul[10]

Penerusan pada zaman moden

Perdagangan emas masih terus menggunakan unit tahil yang disamakan dengan 1.203370 auns troy.[11]

Di Malaysia

Unit tahil berkesinambungan selepas merdekanya Malaysia di mana ukuran berat satu tahil ditetapkan bersamaan dengan 37.7994 gram,[12] namun ada yang menganggarkan ia kurang sedikit pada 3.75 gram dalam konteks tertentu seperti menyukat bahan ramuan dalam resipi.[13] Selain itu, satu cupak beras juga dikira bersamaan tahil. Ketika penukaran kepada sistem metrik dilaksanakan kerajaan Malaysia pada tahun 1977, berat penukaran yang ditetapkan adalah 1 gram bersamaan 0.0264554 tahil.[14]

Di Singapura

Singapura menetapkan timbangan satu tahil dalam Akta Timbangan dan Ukuran 1985 juga sebagai 37.7994 gram metrik.[15]

Lihat juga

Rujukan

  1. "tahil". www.sizes.com.
  2. "Weights and Measures Ordinance". The Law of Hong Kong.
  3. Royal Institute (2003), พจนานุกรม ฉบับราชบัณฑิตยสถาน พ.ศ. ๒๕๔๒ (Royal Institute Dictionary, BE 2542) (dalam bahasa Thai), Bangkok: Nanmee Books Publications, ISBN 974-9588-04-5, diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-03.
  4. Lim, Lisa (18 Januari 2018). "How catty and tael entered the English language, along with picul, mace and candareen – Asian weight measurements". Post Magazine. South China Morning Post.
  5. Wilkinson, Richard James (1901). "bungkal". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 104. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  6. Pamphlet of information for travellers. Federated Malay States Railways. 1921. m/s. 5 melalui Cornell University Library.
  7. Gambar:
  8. Wan Norasikin Wan Ismail (April 2020). "Kosa kata metrologi Melayu". Dewan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 16–19.
  9. Wilkinson, Richard James (1901). "emas". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 37. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  10. Shaharir bin Mohamad Zain (2012). Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu. Pulau Pinang, Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 12. ISBN 978-983-861-572-3.
  11. "Methodology note". World Gold Council. 2021. Dicapai pada 2 Julai 2021.
  12. Jenis Beras Untuk Fidyah Puasa
  13. Waddiah. "Artikel: Timbangan dan sukatan". Alaf 21. Dicapai pada 2 Julai 2021.
  14. SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1977.
  15. "Weights and Measures Act (CHAPTER 349) Third Schedule". Singapore Statutes Online. Pemerintah Singapura. Dicapai pada 2 Julai 2021.
This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.