Suria Records

Suria Records (juga dikenali sebagai SRC) ialah sebuah syarikat rakaman Malaysia yang ditubuhkan pada 1970 dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Ia merupakan salah satu daripada syarikat rakaman terbesar di Malaysia. Nama-nama besar seperti Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim dan New Boyz telah merakamkan suara mereka di syarikat rakaman ini.[1] Artis Indonesia seperti Rossa, Kumpulan Ungu, Deddy Dores (almarhum), Inka Christie, Nike Ardilla (almarhum), Poppy Mercury (almarhum), Nicky Astria, Broery Marantika (almarhum), Dewi Yull, Iwan Fals, dan sebagainya. Anak syarikat penerbitan dan pengedaran lagunya ialah Suwah Enterprise Publishing dan telah mempunyai ratusan album dan lagu di dalam katalognya.

Suria Records
Syarikat indukSuwah Enterprise
Diasaskan1970
StatusAktif
Label edaranSuwah Enterprise Publishing
GenrePelbagai
Negara asalMalaysia
LokasiNo. 40, Jalan Kaskas (2), Taman Cheras, 56100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tapak web rasmisuriarecords.com.my

Ia merupakan ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili pengedaran dan penerbitan rakaman muzik di Malaysia.[2]

Artis

Artis dalam Malaysia

Artis luar negara

Suria Records turut menguruskan kerjaya artis Indonesia di Malaysia melalui kerjasama dengan syarikat rakaman Indonesia, Trinity Optima Productions.

Rujukan

  1. Suria Records berjaya lahirkan artis popular Utusan Malaysia (23 Jun 1999). Diperoleh pada 17 Jun 2009.
  2. RIM: Members Diarkibkan 2018-04-09 di Wayback Machine Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Diperoleh pada 17 Jun 2012.
  3. "Siti Nurhaliza diburu syarikat rakaman". Bintang Popular – Berita Minggu. Digital Collections DC5: Cross Search. 14 Jun 2009. Dicapai pada 16 Jun 2011.
  4. Sasaran Wani Kayrie Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Disember 2015.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.