2 by 2
Kumpulan 2 By 2 merupakan sebuah kumpulan penyanyi padu suara yang pernah aktif di Malaysia. Mereka menyampaikan lagu-lagu Melayu.
| 2 by 2 | |
|---|---|
![]() | |
| Latar belakang | |
| Berasal dari | |
| Genre | Pop retro |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Instrumen | Vokal |
| Tahun aktif | 1996 - 2000 |
Syarikat rakaman | Suria Records Blackboard Indonesia |
Pengkarya berkait | Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim, Mazleela, Anis Suraya |
| Bekas ahli | Zul Halim Man Faizal |
Kumpulan 2 By 2 pernah popular suatu masa dulu dengan lagu Mawarku yang didendangkan bersama-sama penyanyi tersohor tanahair Dato’ Siti Nurhaliza. Lagu Mawarku pernah mendaki carta teratas di stesen-stesen radio tanahair pada waktu itu.[1]
Album pertama mereka yang memuatkan lagu Mawarku mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga mencatatkan jualan melebihi 150,000 unit di pasaran. Album kedua mereka yang memakai judul Pak Pung Pak Mustape juga mencapai kejayaan dengan jualan sebanyak 80,000 unit.
Bagaimanapun ketika album ketiga mereka dikeluarkan, mereka terbabit dengan kontroversi yang mengaitkan perbalahan sesama anggota kumpulan menyebabkan pasaran album Juwitaku agak lembap dan hanya dijual 20,000 unit sahaja.
Selepas pengeluaran album ketiga, kumpulan 2 By 2 agak sepi daripada sebarang publisiti walaupun lagu-lagu mereka masih menjadi siulan ramai. Bahkan penyanyi utamanya, Zul telah membuat keputusan untuk menerima tawaran syarikat rakaman SRC sebagai Pengurus A & R.
Sementara anggota yang paling diminati, Halim juga telah mengorak langkah dengan melahirkan sebuah album solo berkonsep Hindustan dengan memakai nama Ali Khan. Sementara itu dua anggota kumpulan ini, Faizal dan Man lebih senang menguruskan perniagaan mereka di luar Kuala Lumpur.
Selepas itu mereka masih menghasilkan 23 album, iaitu The Best of 2 By 2 (2001) dan Mawar Mawar Ku (2007).
Diskografi
Album
- Rindu (1996)
- Pak Pung Pak Mustafe (1997)
- Juwitaku (1998)
- The Best of 2 By 2 (2001)
- Mawar Mawar Ku (2007)
Lagu-lagu
- Tragedi Tenda Biru - duet Liza Hanim
- Amoi-Amoi
- Tanda Kasih - duet Noraniza Idris
- Jangan Engkau Berjanji
- Siapa Dia Sebelum Daku - duet Anis Suraya
- Simalakama
- Seiring Sejalan - duet Asha Malik
- Kau Selalu Di Hatiku - duet Mazleela
- Jangan Tunggu Lama-Lama
- Ingin Tahu - duet Candy
- Jangan Main Asmara - duet Asha Malik
- Selendang Sayang - duet Liza Hanim
- Nostalgia Cinta - duet Mazleela & Anis Suraya
- Juwitaku (Semarak Hati) - duet Anis Suraya
- Anak Zaman Ini
- Bukan Jodoh Kita
- Dunia Belum Kiamat
- Gubahan Ku
- Kau Tetap Di Hati
- Lagu Gembira
- Mawar Ku - duet Siti Nurhaliza
- Menanti Kehadiran
- Pak Pung Pak Mustafe
- Rindu
- Siapa Dia Sebelum Aku
- Tiga Malam - duet Siti Nurhaliza
Pautan luar
- Lirik dan gambar.
- Di SinarFM Diarkibkan 2009-01-25 di Wayback Machine
- "2 By 2 tetap bersatu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2017-12-23.
- "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2017-12-23.
- "Kedai makan terbakar angkara perbuatan khianat, kata Halim 2 By 2". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-04. Dicapai pada 2021-08-14.
