Spaniel Clumber

Spaniel Clumber (Bahasa Inggeris: Clumber spaniel) ialah satu baka anjing jenis spaniel, dikembangkan di United Kingdom. Ia merupakan yang terbesar daripada spaniel, dan terdapat paling banyak dalam satu warna. Nama anjing diambil daripada Clumber Park di Nottinghamshire. Ia merupakan satu baka gundog yang mahir dalam pemburuan dalam heavy cover. Ia lemah lembut dan setia, dan boleh bertindak dengan menyendiri dengan orang asing. Ia mempunyai sebilangan tabita yang boleh dianggap sebagai keburukan, termasuk salin bulu tekal, dengkur dan pengeluaran liur lelehan berlebihan.

Spaniel Clumber
Seekor spaniel Clumber
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah baka ini tidak dipastikan sebelum pertengahan abad ke-19 dengan dua teori tersebar luas. Spaniel Clumber telah dipelihara dan dibiakbakakan oleh pelbagai Kerabat Diraja British, termasuk Putera Albert, Raja Edward VII dan Raja George V. Ia diperkenalkan ke Kanada pada 1844, dan pada 1884 ia menjadi salah satu daripada sepuluh baka pertama diiktiraf oleh American Kennel Club. Baka ini boleh menghidap pelbagai penyakit berketerukan berlainan daripada ketempangan sementara kerana tumbesaran tulang semasa muda kepada displasia pinggul atau pengherniaan cakera saraf.

Nota

    Rujukan

    • Spiotta-DiMare, Loren (1999). The Sporting Spaniel Handbook. Barron's Educational Series. ISBN 978-0-7641-0884-6. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)

    Pautan luar

    This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.