Sicilia

Sicilia (juga dalam Bahasa Inggeris: Sicily) merupakan sebuah wilayah mandiri dalam Itali. Ia juga merupakan daerah paling besar di Itali merangkumi sebuah pulau yang merupakan pulau terbesar di Laut Mediterranean dengan keluasan 25,708 km² (9,926 batu persegi) serta berpendudukan seramai lima juta orang. Selain itu, beberapa pulau kecil yang berhampiran dengannya juga dianggap sebahagian Sicily seperti Sardinia. Kedua-dua pulau itu kini menempa status daerah mandiri Itali secara rasmi.

Sicilia
Wilayah Autonomi Itali

Jata
NegaraItali
IbukotaPalermo
Kerajaan
  PresidenRaffaele Lombardo (MpA)
Luas
  Jumlah25,711 km2 (9,927 batu persegi)
Penduduk
 (31 Disember 2011)
  Jumlah5,051,075
  Kepadatan200/km2 (510/batu persegi)
Demonym(s)Sicily
Warga
  Itali98%
Zon waktuUTC+1 (WET)
  Musim panas (DST)UTC+2 (WMPET)
GDP/ Nominal€ 84.5[2] bilion (2008)
GDP per kapita€ 16,600[3] (2008)
Kawasan NUTSITG
Laman webwww.regione.sicilia.it

Menurut sejarahnya, Sicily merupakan titik strategik bagi laluan dagangan Mediterranean. Kawasan ini dijulang sebahagian Magna Graecia, iaitu Yunani Agung dalam bahasa Latin. Marcus Tullius Cicero, seorang ahli falsafah Yunani menyifatkan Sarausa iaitu kota purba di Sicily, sebagai terhebat dan tercantik berbanding kota-kota kuno Yunani yang lain.

Sicily yang kini sebahagian Itali, dahulu merupakan pulau yang diperintahnya sendiri. Kerajaan Sicily ini dinaung di Palermo, sebuah lagi kota bersejarah di Itali Selatan, berusia 2,700 tahun. Selain Sicily, seluruh daerah Itali Selatan dan Malta juga bernaung di bawah kekuasaan ini.


Rujukan

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.