Shidee
Rashid Abdul Wahab atau 'Shidee' merupakan penyanyi era 80-an dari Bagan Datoh, Perak. Lagu popularnya 'Sayang Semuanya Sudah Terlambat ' dan Jamilah.
| Shidee | |
|---|---|
![]() | |
| Latar belakang | |
| Kelahiran | Bagan Datoh, |
| Berasal dari | |
| Pekerjaan | Penyanyi, Pencipta lagu |
| Instrumen | Vokal |
| Tahun aktif | 1979–kini |
Syarikat rakaman | Rock Records |
Kerjaya
Gegar Vaganza 2021
- Lihat juga: Gegar Vaganza (musim 8)
Shidee terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.
| Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8) | ||||
|---|---|---|---|---|
| Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
| Minggu 1 | Laguku Sendiri | Semuanya Sudah Terlambat | Dirinya sendiri | Ke-8 |
| Minggu 2 | Masih Aku Terasa | Malam | Kembara | Ke-8 |
| Minggu 3 | Segalanya Ku Terima | Blue Suede Shoes | Elvis Presley | Ke-9 |
| Minggu 4 | Berdiri Bulu Romaku | Hati Yang Terluka | Broery Marantika | Ke-5 |
| Minggu 5 | Dulu Lain Sekarang Lain | Lembah Kesepian | Haqiem Rusli | Ke-9 |
| Minggu 6 | Langkah Seiringan | Di Sudut Kamar Hatiku (Duet Bersama Haqiem Rusli) | Dato' Jamal Abdillah | Ke-5 |
| Minggu 7 | Kelentang Kelentong | Selamat Tinggal Pujaan | S. Jibeng | Ke-6 |
| Minggu 8 (Suku Akhir) | Kupetik Bintang-Bintang | Diambang Sore | S. Effendy | Ke-8 |
| Minggu 9 (Separuh Akhir) | Lagu Untukmu | Sedetik Lebih | Anuar Zain | Ke-8 (Tersingkir) |
| Kerna Dia | Yasin Sulaiman | |||
Anugerah dan pencalonan
- Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) 1987
- Naib Juara Keseluruhan - Anugerah Juara Lagu 1987 menerusi lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat
Kontroversi perkahwinan
Pada 1 Februari 2010, Shidee (51) berkahwin dengan Khairunnisa Aziz (29) tetapi dibantah oleh ibu mertuanya, Jamaliah Hassan (45) kerana 'cinta tiga segi'. Pernikahan dijalankan secara sah dengan berwalikan bapa saudara isteri, malah ibu mertuanya turut menghadiri majlis pernikahan. Pernikahan diadakan di pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu, manakala majlis persandingan diadakan di Bandar Bukit Sentosa, Rawang. Antara artis yang hadir ialah Salwa Abdul Rahman dan Azizul Kamis[1]
Jamaliah mendakwa Shidee sudah tua, tidak bekerja dan tidak mempunyai rumah dan tinggal dengan keluarganya sejak 2006.[2] Jamaliah Hassan telah membuat laporan polis. Begitu juga anaknya Khairunnisa Aziz juga membuat laporan polis. Sebenarnya Shidee mengendalikan kelas vokal di Bukit Beruntung . Selain itu menjalankan syarikat ejen hartanah menjual rumah lelong di kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.
