Shah Rezza
Yang Mulia Dato’ Sri Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah atau lebih dikenali sebagai Shah Rezza (lahir 26 Januari 1961) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau meraih kemasyhuran dalam kerjaya lakonan pada tahun 1980-an, dan terkenal dengan filem termasuk Ali Setan (1985), Marah-Marah Sayang (1987) dan Kolej 56 (1989).[1]
Shah Rezza | |
|---|---|
![]() | |
| Kelahiran | Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah 26 Januari 1961 |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
| Tahun aktif | 1981–kini |
| Ibu bapa |
|
| Saudara | Sultan Muhammad V (sepupu) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Instrumen | Vokal |
Pengkarya berkait |
|
| Laman web rasmi | Shah Rezza di Instagram |
Kemunculan beliau dalam bidang lakonan, sezaman dengan Sabree Fadzil, Ridzuan Hashim, Mustapha Kamal, Liza Abdullah, Ogy Ahmad Daud dan Raja Noor Baizura.[2]
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1961 di Perak kepada sebuah keluarga berketurunan campuran Kerabat Diraja Perak serta Kelantan dan merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.[3][4] Selain kerjayanya, beliau juga aktif terlibat dalam perniagaan bernama Maison Raja Rezza di Kota Bharu, Kelantan.[5]
Kerjaya
Shah Rezza memulakan kerjaya hiburan profesional pada 1981 menerusi filem Mangsa. Hanya pada 1985, beliau mula dikenali menerusi filem Ali Setan arahan Jins Shamsuddin. Kemudian beliau muncul bersama M. Nasir dan Pyan Habib menerusi filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani pada 1986.
Beliau muncul dalam rancangan hiburan RTM iaitu Mekar Sejambak dan Hiburan Minggu Ini bergandingan dengan antara lainnya Uji Rashid dan Ahmad Fauzee. Dalam tahun 1987, beliau muncul dalam tiga filem—Marah-Marah Sayang, Balik Kampung dan Jejaka Perasan. Beliau paling dikenali menerusi filem Kolej 56 arahan dan lakonan Ahmad Fauzee dan dibintangi bersama Salwa Abdul Rahman.
Pada tahun 1997, beliau melangkah ke bidang muzik sebagai penerbit album kompilasi berjudul Pedoman, yang menampilkan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan oleh Nassier Wahab, Ebby Saiful, Ahmad Fauzee dan Syed Sobrie.
Shah Rezza mengembangkan kepintaran perniagaannya dengan menubuhkan syarikatnya sendiri, Nusantara Gems, yang bertanggungjawab menguruskan perkahwinan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.[6]
Sejak 2006, beliau telah menganjurkan Festival Fesyen Islam Antarabangsa tahunan, bagi meraikan fesyen tradisional dan moden, dan gabungannya dengan tema Islam.[7][8]
Beliau menerbitkan album berjudul Pedoman 2 pada 2013, mengandungi lagu yang dicipta dan ditulis oleh Fauzi Marzuki, Habsah Hassan, Melly Goeslaw, S. Atan dan Akbar Nawab.[9]
Shah Rezza memegang watak sebagai Dato’ Azizan dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[10]
Kehidupan peribadi
Dato’ Sri Shah Rezza berasal dari Kerabat Diraja Perak serta Kelantan dan dibesarkan oleh keluarga bonda tirinya, Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahya Petra di Kelantan.[11][12] Beliau merupakan sepupu kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.[13]
Ayahanda beliau, Tengku Seri Kelana Diraja Kelantan Raja Aman Shah bin Raja Haji Shahar Shah meninggal dunia pada 26 Januari 2018.[14]
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1981 | Mangsa | Filem pertama | |
| 1985 | Ali Setan | Jali | |
| 1986 | Kembara Seniman Jalanan | Fareez | |
| Ali Setan 2 | Jali | ||
| Balik Kampung | Halim | ||
| Jejaka Perasan | Agus | ||
| 1987 | Marah-Marah Sayang | Rosdin | |
| 1988 | Antara Dua Hati | Joe | |
| 1989 | Kolej 56 | Tengku Kamil | |
| 1990 | Hati Bukan Kristal | Zain | |
| 2004 | Pontianak Harum Sundal Malam | Pembesar Istana III | |
| 2021 | J2: J Retribusi | Majid | |
Drama
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 2015 | Memori Cinta Suraya | Hakim | Astro Prima |
| Tuan Anas Mikael | Pak Hamid | Astro Ria | |
| 2016 | Lara Aishah | Farouq | Astro Prima |
| 2017 | Dendam Aurora | Feroz | |
| Mr. London Miss Langkawi | Encik Azman | Mediacorp Suria | |
| 2018 | Cinta Tiada Ganti | Dato' Azizan | Astro Prima |
| Alamatnya Cinta | Tuan Herman | Astro Ria | |
| 2019 | Jodoh-Jodoh Annisa | Hatta | Astro Prima |
| 2020 | Biar Mereka Cemburu | Tengku Alaudin | Astro Ria |
| Dua Takdir Cinta | Yusof | Astro Prima | |
| 2021 | Hati Yang Dikhianati | Doktor Aman/Akhmal Mansur | |
| Ayat-Ayat Halal | Pak Ali | TV2 | |
| Suara Hati | Haji Johari | Astro Prima | |
| Shah Alam 40000 | Datuk Sri Yahya | TV3 | |
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 2017 | Siapa Dia Sebenarnya | TV3 | |
Televisyen
| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 1987 | Mekar Sejambak | TV1 | |
| Hiburan Minggu Ini | |||
Diskografi
| Tajuk | Maklumat album |
|---|---|
| Pedoman[15] |
|
| Pedoman 2[16] |
|
Penghargaan
Pada 24 Oktober 2012, beliau telah dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran Dato' Sri sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.[17]
Rujukan
- "Shah Rezza mahu aktif semula pada usia 52 tahun". Perak Today. Dicapai pada 31 Julai 2018.
- Amirah Amaly Syafaat (15 Februari 2015). "Berlokek demi wayang kulit". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2018.
- "Shah Rezza - 2015 tahun melaksanakan impian". Hiburan Online Malaysia. 19 April 2015. Dicapai pada 3 September 2021.
- Zaidi Mohamad (29 Ogos 2020). "Mitos lama karya akhir". Berita Harian. Dicapai pada 26 Julai 2021.
- "About Us". Nusantara Gems. 13 July 2014. Dicapai pada 24 August 2021.
- "Founder & Chairman". ISLAMIC FASHION FESTIVAL. 19 August 2015. Dicapai pada 24 August 2021.
- "Akui tidak menyesal". Utusan Malaysia. 19 Februari 2015. Dicapai pada 31 Julai 2018.
Shah Rezza kembali berlakon untuk kenal industri.
- "Laungan Azan Buka Hati Dato' Rezza Shah Teruskan 'Pedoman 2'". Malaysian Digest. 5 Ogos 2013. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
- (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
- "Sporting, Berjiwa Seni & Berbakat Besar, Ini Senarai SELEBRITI MALAYSIA Yang Berketurunan Diraja". NONA. 13 Jun 2018. Dicapai pada 2 September 2021.
- "2015, tahun melaksanakan impian". Utusan Malaysia. 16 April 2015. Dicapai pada 31 Julai 2018.
Shah Rezza atur pelbagai rancangan.
- Dennis Chua (10 Mac 2018). "Passion for Kelantan's heritage". New Straits Times. Dicapai pada 31 Julai 2018.
- Aida Rismariza Kamarudin (26 Januari 2018). "Bapa Shah Rezza meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2018.
- Pedoman (catatan media). Pelbagai artis. Ambang Klasik. 1997.CS1 maint: others (link)
- Pedoman 2 (catatan media). Pelbagai artis. Nusantara Gems. 2013.CS1 maint: others (link)
- https://istiadatdiraja.org/semakan-penerima-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat/
- "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
- "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
- "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
- https://istiadatdiraja.org/semakan-penerima-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat/
