Sabree Fadzil

Mohd Taib @ Sabri Bin Fadzim (lebih dikenali sebagai Sabree Fadzil; lahir 19 Mei 1961) ialah seorang pengarah, penerbit, dan pelakon lelaki Malaysia.

Sabree Fadzil
Sabree dalam filem Wira Angkasa (1987).
Kelahiran
Mohd Taib @ Sabri Bin Fadzim

(1961-05-19) 19 Mei 1961
PekerjaanPelakon, pengarah filem
Tahun aktif1985—1993, 2008—kini
PasanganAznah Hamid (k. 1988; c. 1991)

Beliau yang mula dikenali sebagai model sekitar awal 1980an kemudian diperkenalkan ke layar perak menerusi filem pertama berjudul Sayang pada 1987. Sejak itu kelibat aktor kacak ini sering menjadi perhatian di layar perak menerusi filem-filem box-office seperti Antara Dua Hati, Pelumba Malam, Bayangan Maut dan Sengketa Cinta.

Pada tahun 2008 Sabree muncul kembali dan mengarahkan sebuah filem berjudul Datin Ghairah. Filem ini dijangka tayangan pada tahun 2011. Sabree juga sempat muncul dalam filem arahan Hairie Othman berjudul 2 Alam memegang salah satu watak utama.

Kehidupan peribadi

Sabree pernah mendirikan rumahtangga bersama aktres Aznah Hamid dari 1988 hingga 1991 namun kemudian bercerai. Beliau kemudian berkahwin kali kedua dengan Habibah Hassan pada 2015.[1] Anak sulung beliau, Nadia Yasliza berkahwin dengan Mohd Hidayat Mohd Nasir, iaitu anak kepada penyanyi dan pelakon M. Nasir pada 25 Disember 2017.[2][3]

Filemografi

Lakonan

Arahan

Drama

Krew

  • Mat Moto (2016) - sebagai penerbit penyelaras eksekutif

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

  1. "Sabree Fadzil temui cinta baharu". Sinar Harian. 15 Jun 2015. Dicapai pada 21 April 2018.
  2. "Datuk M Nasir, Sabree Fadzil berbesan". Sinar Harian. 25 Disember 2017. Dicapai pada 21 April 2018.
  3. Norliza Mohamad Zakaria (20 November 2007). "Kehidupan berumah tangga memori indah Sabree Fadzil". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 April 2018.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.