Sepal
Sepal (/ˈsɛpəl/ atau /ˈsiːpəl/)[1][2][3] ialah sebahagian daripada bunga angiosperma (tumbuhan berbunga). Istilah sepalum dicipta oleh Noël Martin Joseph de Necker pada 1790, dan datang daripada bahasa Greek σκεπη, "penutup/pembalut".[4][5]


Secara keseluruhan, sepal dipanggil kaliks,[6] bahagian pusaran paling luar yang membentuk sebuah bunga. Perkataan kaliks diambil daripada Latin calyx,[7] Calyx berasal daripada Greek καλυξ kuntum, sekam atau balutan, daripada Sanskrit kalika, kuntum.[8]
Biasanya hijau, sepal lazimnya berfungsi melindungi bunga dalam kuntum, dan selalunya mempunyai fungsi menyokong kelopak apabila mekar.[9]
Selepas berbunga, kebanyakan tumbuhan tidak lagi menggunakan kaliks yang layu atau menjadi sisa. Sesetengah tumbuhan mengekalkan kaliks berduri yang kering atau pun hidup sebagai perlindungan terhadap buah atau benihnya.
Rujukan
- Daripada Perancis sépale, daripada Latin Baru sepalum, paduan sep- daripada Greek skepē, "penutup/pembalut" dan -alum daripada Latin Baru petalum, "kelopak", dipengaruhi Perancis pétale "kelopak".
- "sepal". Oxford Dictionary.
- "sepal". Collins Dictionary.
- Stearn, William T. (2000). Botanical Latin, Ed. ke-4: 38-39. ISBN 0-88192-321-4
- Necker, N.J. de (1790). Corollarium ad Philosophiam botanicam Linnaei 18, 31
- Shorter Oxford English dictionary, Ed. ke-6. United Kingdom: Oxford University Press. 2007. m/s. 3804. ISBN 0199206872.
- Jackson, Benjamin, Daydon; A Glossary of Botanic Terms with their Derivation and Accent; Diterbitkan Gerald Duckworth & Co. London, Ed. ke-4 1928
- Tucker, T. G. (1931). A Concise Etymological Dictionary of Latin. Halle (Saale): Max Niemeyer Verlag.
- Beentje, Henk (2010). The Kew Plant Glossary. Richmond, Surrey: Royal Botanic Gardens, Kew. ISBN 978-1-84246-422-9.CS1 maint: ref=harv (link), m/s. 106