Asam belanda

Asam belanda[1], asam susur[2] atau rosel[3] (bahasa Inggeris: roselle) merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Asam belanda mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan asam belanda dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan asam belanda berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan asam belanda ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di Indies Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel.

Asam belanda
Pokok asam belanda
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Malvaceae
Genus:
Hibiscus
Spesies:
H. sabdariffa
Nama binomial
Hibiscus sabdariffa

Pokok asam belanda boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga asam belanda berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga asam belanda yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman asam belanda.

Daun dan batang muda asam belanda boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di Afrika, biji asam belanda dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, asam belanda diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.

Asam belanda varieti putih.

Penanaman

Pokok asam belanda adalah sejenis pokok yang mudah ditaman. Cara penanamanya dengan menggunakan biji yang kering kemudian disemai. Satu pokok boleh mengeluarkan buah yang banyak. Pokok ini jenis bercabang-cabang serta tahan lama. Cara penjagaanya pula amatlah mudah jika cuaca panas ia memerlukan banyak air, dan pembajaanya adalah setengah bulan sekali.

Khasiat

Bagi 100 gram kaliks asam belanda terkandungnya protein 1.145 g, lemak 2.61 g, serat 12.0 g, abu 6.90 g, kalsium 1.263 g, fosforus 0.2732 g, zat besi 0.00898 g, karotena 0.00029 g, thiamin 0.00117 g, riboflavin 0.00277 g, niasin 0.003765 g, asid askorbik (Vitamin C) 0.0067 g.[4]

Galeri

Rujukan

  1. "Asam belanda". Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 7 April 2012.
  2. "TROPICAL AGRICULTURAL SCIENCEJournal homepage: http://www.pertanika.upm.edu.my/" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-09. Dicapai pada 2012-12-12. External link in |title= (bantuan)
  3. "Rosel". Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 9 April 2012.
  4. Musa, Y., E.I. Engku Ahmad dan Y. Hussain. (2006) Manual Teknologi Penanaman Rosel. Serdang: Penerbitan [[MARDI].

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.