Saskatchewan

Saskatchewan ialah wilayah Kanada. Sebahagian besar penduduknya tinggal di bahagian selatan wilayah ini. Bandar terbesarnya ialah Saskatoon yang diikuti oleh ibukota wilayah, Regina. Saskatchewan berbentuk segi empat dan dibatasi di barat oleh Alberta, di utara Wilayah Barat Laut, di timur oleh Manitoba, dan di selatan oleh wilayah Amerika Syarikat iaitu Montana dan North Dakota.

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.