Sabah Electricity
Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) ialah sebuah syarikat utiliti yang menjana, menghantar, dan membekalkan elektrik kepada lebih kurang 361,400 pelanggan di Sabah. SESB mempunyai 2000 pekerja. SESB dimiliki bersama oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Tenaga Nasional Berhad.
![]() | |
| Syarikat berkaitan kerajaan | |
| Industri | Tenaga |
| Pendahulu | Lembaga Elektrik Sabah (SEB) |
| Ditubuhkan | 1 September 1998 |
| Ibu pejabat | Kota Kinabalu, Malaysia |
Tempat diberi khidmat | Sabah dan Labuan |
Tokoh penting | Tn Hj Ir. Abd Razak Sallim, Pengarah Urusan |
| Perkhidmatan | Janakuasa, pemindahan, dan pengagihan elektrik |
Bilangan kakitangan | 2,600 |
Laman web rasmi | www |
Sejarah
Elektrik bermula di Sabah seawal 1910 yang dibekalkan oleh 3 organisasi berasingan. Pada tahun 1957, ketiga-tiga pertubuhan itu bergabung untuk membentuk Lembaga Elektrik Borneo Utara. Apabila Borneo Utara membentuk Malaysia dengan Persekutuan Tanah Melayu dan Sarawak pada tahun 1963 dan menukar namanya ke Sabah, entiti ini dinamakan semula sebagai Lembaga Elektrik Sabah. Pada 1 September 1998 Lembaga Elektrik Sabah telah diswastakan dan menjadi Sabah Electricity Sdn. Bhd.[1]
Keupayaan penjanaan
SESB mempunyai 54 stesen janaelektrik dengan jumlah keupayaan penjanaan sebanyak 785 MW, di mana 317 MW adalah milik syarikat jana bebas (IPP).
Grid elektrik negeri Sabah menghubungkan bandar utama melalui jaringan talian penghantar 275 kV dan 132 kV dan terbahagi kepada dua jaringan:
- Jaringan Pantai Barat membekalkan elektrik ke Kota Kinabalu, Labuan, Keningau, Beaufort, Papar, Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat. Keupayaan yang dipasang adalah 488 MW, sementara keperluan adalah 376 MW.
- Jaringan Pantai Timur adalah 132 KV dan menghubungkan bandar utama Sandakan dan Tawau. Keupayaan yang dipasang adalah 333 MW, sementara keperluan adalah 196 MW.
Kedua bahagian jaringan telah disambung dan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2007.
Jenis loji boleh dibahagikan kepada dua jenis, loji hidro dan loji thermal.
Loji hidro
Terdapat hanya satu loji hidro di Sabah dengan empangan berkeupayaan 66 MW dalam operasi:
Skim hidroelektrik Tenom, dengan keupayaan 66 MW:
- Empangan Tenom Pangi– 3 x 22 MW = 66 MW
Loji terma
Terdapat loji terma dan gas milik SESB dengan keupayaan jana sebanyak 719 MW dalam operasi. Diantara adalah:
- Labuan
- Kota Kinabalu
- Melawa
- Kota Belud
- Kudat
- Kota Marudu, di Marudu
- Sandakan
- Lahad Datu
- Semporna
Terdapat juga 5 loji yang dikendalikan oleh syarikat pengeluar kuasa bebas (IPP) yang kemudiannya menjual tenaga elektrik yang dijana kepada SESB. Keupayaan adalah 317 MW dengan pecahan penjanaan seperti berikut:
- ARL – 50 MW
- Powertron – 190 MW
- Serudong Power – 37 MW
- SPC Sdn Bhd – 34 MW
- Stratavest – 60 MW
Rujukan
- "Corporate Profile - Brief History". Sabah Electricity Sdn. Bhd. Dicapai pada 13 March 2011.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sabah Electricity |
- Laman web rasmi Diarkibkan 2007-01-28 di Wayback Machine
- Dokumen ODA Bank pdf Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
