ReactOS

ReactOS ialah sebuah sistem pengendalian sumber terbuka yang dibangunkan oleh ReactOS Foundation. Tujuan ReactOS dibangunkan adalah untuk mewujudkan satu alternatif lain untuk sistem pengendalian Windows yang percuma, yang menyokong semua perisian dan perkakasan yang disokong oleh Windows. ReactOS direka bentuk serupa dengan Windows 2000 dan XP.[2]

ReactOS
ReactOS 0.4.7
Syarikat /
Pembangun
ReactOS Foundation
Diaturcarakan
dalam
C, C++
Keluarga OSMirip Microsoft Windows (Mirip Windows NT)
KeadaanAlpha
Model sumberSumber terbuka
Keluaran asal0.0.7 / Julai 20, 1998 (1998-07-20)
Versi stabil
terkini
0.4.7 (6 Disember 2017 (2017-12-06))
Versi tak
stabil terkini
(daily)
Sasaran pemasaranPC
Bahasa yang
ada
Pelbagai bahasa
Kaedah
pengemaskinian
Pemasangan semula
Pelantar
disokong
IA-32, x86-64
Jenis intiHibrid
Antara muka
pengguna
lalai
GUI (ReactOS Explorer)
LesenGNU GPL, LGPL dan Lesen BSD[1]
Laman
sesawang
ReactOS

Sejarah

Pada tahun 1996, sebelum ReactOS Foundation ditubuhkan, beberapa orang menubuhkan satu kumpulan bernama FreeWin95 yang bertujuan untuk menghasilkan sistem pengendalian yang serupa dengan Windows 95. Malangnya, usaha kumpulan ini tergendala kerana pelbagai perbincangan telah dijalankan tetapi tidak membawa sebarang hasil.

Pada hujung tahun 1997, projek tersebut tidak membuahkan sebarang hasil. Jason Filby, penyelaras projek tersebut, memanggil semua ahli asal FreeWin95 untuk memulakan semula projek itu. Kali ini, fokus diberikan kepada menghasilkan klon Windows NT. Kali ini, mereka menekankan kepada penulisan kod, bukan sekadar perbincangan panjang. Projek ini akhirnya dinamakan semula sebagai ReactOS dan dimulakan secara rasmi pada Februari 1998.[2]

Asal-usul nama

Projek FreeWin95 dinamakan semula sebagai ReactOS, kerana projek ini dimulakan kerana rasa tidak puas hati kepada Microsoft yang memonopoli pasaran sistem pengendalian.[2]

Sejarah versi

VersiTarikh pengeluaranInformasi pengeluaran
0.2.0 2004-01-25Versi pertama dikeluarkan dengan GUI yang berfungsi
0.2.2
0.2.5
2004-04-27
2005-01-02
Membaiki pepijat sahaja
0.2.8 2005-10-29Pengesanan VMWare, penulisan semula CSRSS
0.3.0 2006-08-27Versi pertama yang menyokong rangkaian komputer
0.3.1 2007-03-10Pengurus program disertakan, permulaan penulisan semula kernel
0.3.2 dilangkauCabang dihasilkan tetapi tidak dikeluarkan
0.3.3 2007-09-12Penambahbaikan kernel dan win32k
0.3.4 2008-01-22Penulisan semula sokongan pendaftaran (registry support), klien remote desktop dan sokongan Plug 'N' Play
0.3.5 2008-06-30Membaiki pepijat sahaja
0.3.6 2008-08-06Sokongan RTL
0.3.7 2008-11-04Penambahbaikan x86-64; MSVC, susunan (stacks) baru
0.3.8 2009-02-04Pengenalan PSEH dan sokongan cakera keras dengan sekatan cakera pelbagai di dalam LiveCD
0.3.9 2009-04-26Minimum 24MB RAM, pemetaan ruang hiper lebih pantas, sokongan awal bunyi
0.3.10 2009-07-05Sokongan SATA awal, sokongan papan kekunci/tetikus USB, klon Paint, MSVC awal[3][4]
0.3.11 2009-12-16Penulisan semula kdcom, tulisan Cina/Korea, pengemaskinian keserasian, penambahbaikan sistem bunyi
0.3.12 2010-10-20Penulisan semula trap handler, penulisan semula pengurusan pemasa dan mesej, sokongan NMI, sokongan SxS, sokongan separa EMS
0.3.13 2011-03-22Penulisan semula pengurus timbunan, sokongan SATA lebih baik, pembaikan isu-isu grafik [5]
0.3.14 2012-02-07ACPI didayakan secara lalai, sokongan WiFi (WEP tak disulitkan)), sokongan tema, baru TCP / IP driver (LwIP), Keserasian MSVC, Scatter / Kumpulkan operasi DMA disokong, menulis ulang shell32[6]
0.3.15 2013-05-30Sokongan USB untuk tetikus, papan kekunci, dan peranti penyimpanan; pengurusan sesi ditulis semula; Sokongan AHCI dengan dikemaskini driver UniATA; alternatif Modul Pengurusan ingatan ReactOS telah mengambil alih semua tanggungjawab pengurusan memori kecuali seksyen; sokongan awal untuk debugging komponen NT menggunakan windbg; penambahbaikan berdasarkan hasil daripada AutoHotKey fungsi aplikasi ujian rangkaian; Perbaikan bug berpandukan pada Driver Verifier pada beberapa pemacu dibundel[7]
0.3.16 2014-02-06CSRSS menulis ulang; sokongan tema bertambah baik; rangkaian pemacu kad untuk RTL8139, membenarkan ReactOS untuk menyokong versi yang lebih baru dari QEMU di luar kotak[8]
0.3.17 2014-11-05kemasukan NTVDM; perbaikan bug[9]
0.4.0 Masa depan pelepasanLebih banyak sokongan USB, explorer baru yang akan dilaksanakan sepenuhnya, rangkaian yang lebih baik dan pengguna persediaan wifi ramah, sokongan bunyi yang lebih baik

Kunci:

Warna Makna
Merah Versi tidak lagi disokong
Hijau Versi terkini
Biru Versi akan datang

Penggunaan

Sehingga versi 0.3.17, pereka ReactOS mengatakan bahawa sistem pengendalian ini masih dalam peringkat alpha, bermaksud ia masih tidak boleh digunakan sebagai sistem pengendalian yang digunakan setiap hari. [10]

Keperluan sistem

  • x86 atau x86-64 pemproses serasi,[11] Pentium pemproses serasi atau kemudian
  • 64 MB RAM (256 MB disyorkan)
  • Cakera keras IDE / SATA sekurang-kurangnya 350 MB pada partisi utama
  • FAT16 / FAT32 partisi bot utama
  • 2 MB grafik VGA adaptor (VESA BIOS versi 2.0 atau kemudian)
  • Pemacu CD-ROM
  • Papan kekunci standar
  • Tetikus USB, PS/2 tetikus serasi atau Microsoft Mouse-serasi tetikus bersiri

Rujukan

  1. "General Presentation". OS Revolution. Dicapai pada 2009-11-30.
  2. "What is ReactOS?". Dicapai pada 2013-06-23.
  3. "ReactOS 0.3.10". OS Revolution. Dicapai pada 2009-12-09.
  4. Holwerda, Thom (2009-07-06). "ReactOS 0.3.10 Released". OSNews. Dicapai pada 2009-12-09.
  5. 0.3.13 - ReactOS
  6. 0.3.14 - ReactOS, Reactos.org, dicapai pada February 10, 2014
  7. 0.3.15 - ReactOS, Reactos.org, dicapai pada February 10, 2014
  8. ReactOS 0.3.16 Released, Reactos.org, dicapai pada February 10, 2014
  9. ReactOS 0.3.17 Released, Reactos.org, dicapai pada November 5, 2014
  10. "About ReactOS". ReactOS Foundation. Dicapai pada 2011-10-25.
  11. "Installing". ReactOS. January 20, 2014. Dicapai pada February 10, 2014.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.