Razali Alias

Razali Alias (1961 – 27 Januari 2012) merupakan seorang bekas pemain dan jurulatih bola sepak.

Razali Alias
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohamad Razali bin Alias
Tarikh lahir 1961
Tarikh kematian 27 Januari 2012 (umur 51)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1977–1981 Singapura
1982–1992 Selangor FA
Pasukan kebangsaan
1980-1982 Singapura
Pasukan diurus
2005-2007 Selangor FA (penolong ketua jurulatih)
2007-2008 Proton FC (ketua jurulatih)
2009 ATM FA (ketua jurulatih)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Dilahirkan di Singapura, beliau memulakan kariernya di Singapura bersama pasukan nasional Singapura,[1] namun beliau lebih terkenal sebagai penyerang untuk Selangor FA pada era 80-an, membawa pasukannya menjulang Piala Malaysia pada tahun 1982,1984 dan 1986. Beliau menjaringkan gol penyamaan untuk Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1986 menentang Johor FA, di mana Selangor bangkit dari ketinggalan 1-0 untuk menang 6-1.[2]

Beliau juga pernah mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Singapura pada kejohanan pra Piala Dunia.[3]

Beliau pernah melatih kelab Proton FC, dan menjadi penolong jurulatih Selangor FA dari tahun 2005 hingga 2007. Beliau juga pernah mengemudi pasukan ATM FA sebagai ketua jurulatih pada tahun 2009.

Beliau meninggal dunia pada 27 Januari 2012 di Hospital Selayang, akibat penyakit Hepatitis B.[4]

Rujukan

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.