Rahim R2
Rahim bin Mat Ali atau lebih dikenali sebagai Rahim R2 berasal dari Klang, Selangor ialah seorang pelawak dan pelakon di Malaysia.[1]
Rahim | |
|---|---|
| Kelahiran | Rahim bin Mat Ali 25 April 1970 |
| Nama lain | Rahim R2, Rahim Sepahtu |
| Pekerjaan | Pelawak, pelakon, penyampai radio, pengacara |
| Tahun aktif | 2011–kini |
| Pasangan |
|
| Anak | 5 |
Kerjaya
Pembabitan awal bersama adiknya Ridhzuan menubuhkan kumpulan R2. Mereka masuk Raja Lawak musim ke 5 pada tahun 2011.
Pada tahun 2012 Rahim bersama adiknya Ridhzuan, masuk Maharaja Lawak Mega 2012 untuk kumpulan R2.
Pada tahun 2013 Rahim masuk Maharaja Lawak Mega 2013 bersama Sepahtu sebagai projek istimewa.
Tahun 2014 Rahim bersama Along Cham dan Joey Daud membentuk kumpulan Jalor dalam Maharaja Lawak Mega 2014.
Pada tahun 2015 Rahim bersama Tomok membentuk kumpulan Cuba Teka dalam program Juara Parodi 2015.
Kemudian Rahim bersama Shuk Sahar dan Joey menubuhkan kumpulan Joras untuk Maharaja Lawak Mega pada tahun 2016, 2017, 2018
Kemudian Rahim bersama Bell Ngasri dan Chiwan membentuk kumpulan Rojak untuk Maharaja Lawak Mega 2019.
Selain itu, Rahim turut bersama kumpulan Sepahtu iaitu Jep dan Shuib menjadi penyampai radio Sinar FM pada tahun 2015, dikenali sebagai Sepahtu Sinar dan sekarang bertukar kepada Pagi Di Sinar bersama Jep Sepahtu dan Angah Raja Lawak.
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak |
|---|---|---|
| 2013 | Lagenda Budak Hostel | Cikgu Rahim |
| 2014 | Lu, Gua, Bro! | |
| Suatu Malam Kubur Berasap 2 | Tok Mat | |
| 2015 | Keranda Tok Wan Terbang | |
| 2016 | Zack Kapcai | Ruby |
Drama
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2014–2015 | Oh My English! | Sarjan Bin Mejar | Astro TVIQ | |
| 2015 | Sepahtu Reunion | Pelbagai | Astro Warna | Sitkom |
| 2015–kini | Sepahtu Reunion Live | Pelbagai | ||
| 2016 | Joras and Star | Pelbagai | ||
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 2010 | Drogba & Rooney | Astro Prima | |
| 2014 | Ustaz Ku Takut Kau Datang! | ||
| 2015 | 7 Petola Cinta | TV9 | |
Televisyen
| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 2021 | Mencari Sepahtu Yang Hilang | Juri | Astro Warna |
Radio
| Tahun | Tajuk | Stesen |
|---|---|---|
| 2015–kini | Pagi Di Sinar | Sinar |