Presiden Jerman

Presiden Jerman, secara rasminya Presiden Persekutuan Jerman (Bahasa Jerman: Bundespräsident der Bundesrepublik Deutschland)[2] ialah ketua negara Republik Persekutuan Jerman.

Presiden Republik Persekutuan Jerman
Bundespräsident der Bundesrepublik Deutschland
Logo
Penyandang
Frank-Walter Steinmeier'
sejak 19 Mac 2017
Gelaran"Tuan Yang Terutama" / Your Excellency
KediamanSchloss Bellevue (Berlin)
Villa Hammerschmidt (Bonn)
PelantikMajlis Perhimpunan
Tempoh jawatan5 tahun
Boleh diperbaharui berturut-turut sekali
Surat cara pembentukanUndang-Undang Dasar Republik Persekutuan Jerman
PeloporReichspräsident
Pemegang sulungTheodor Heuss
Pembentukan24 Mei 1949
Gaji242,500 setahun[1]
Laman sesawangwww.bundespraesident.de
Jerman

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Jerman



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Jerman memiliki pemerintahan sistem parlimen di mana Canselor adalah tokoh politik utama negara dan ketua eksekutif de facto. Namun, Presiden turut memiliki peranan utama lain lebih dari sekadar kerasmian, lagi-lagi secara leluas mengenai cara mereka menjalankan tugas rasmi mereka.[3] Presiden memberikan arahan terhadap politik umum dan perdebatan sosial dan memiliki beberapa "kekuasaan cadangan" dalam kasus ketidakstabilan politik (sebagaimana diatur oleh Fasal 81 dari Undang-Undang Dasar Jerman).[4]

Frank-Walter Steinmeier pemegang jawatan terkini selepas dilantik pada 12 Februari 2017 dan mula berkhidmat pada 19 Mac tahun sama.

Sejarah

Selepas Wilhelm II, Maharaja Jerman turun takhta pada tahun 1918 dan penggubalan Perlembagaan Weimar, jawatan Reichspräsident (Presiden Jerman) dibentuk sebagai Ketua Negara Jerman. Jawatan ini dihapuskan pada tahun 1934 selepas kematian Presiden Paul von Hindenburg. Kuasanya disatukan dengan jawatan Reichskanzler dan gelaran rasmi jawatan yang dipegang oleh Adolf Hitler ditukar kepada "Führer und Reichskanzler" (Ketua dan Canselor). Jawatan ini, walau bagaimanapun direka semula pada penghujung Perang Dunia II apabila Hitler melantik Laksamana Besar Karl Dönitz sebagai penggantinya dengan gelaran rasmi Presiden Jerman.

Empayar Ketiga Jerman tidak terhapus pada tahun 1945, sebaliknya selepas empat tahun pendudukan Kuasa-kuasa Berikat, dua buah negara Jerman dibentuk pada tahun 1949, iaitu Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) di dalam wilayah yang dikawal Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Perancis, serta Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur) di wilayah yang dikuasai Kesatuan Soviet. Kedua-dua republik Jerman ini mempunyai seorang Ketua Negara dengan gelaran Presiden. Namun begitu, dengan kematian presiden pertamanya Wilhelm Pieck, Jerman Timur memansuhkan gelaran ini pada tahun 1960. Sehingga Penyatuan semula Jerman pada tahun 1991, wujud dua orang ketua negara di tanah Jerman. Pada saat itu, Presiden Jerman Barat (Bahasa Jerman: Bundespräsident) menjadi ketua negara untuk seluruh Jerman yang bersatu.

Senarai Presiden Jerman selepas Perang Dunia II

No. Gambar Nama Mula Tamat Parti¹
1.Theodor Heuss13 September 194912 September 1959FDP
2.Heinrich Lübke13 September 195930 Jun 1969CDU
3.Gustav Heinemann1 Julai 196930 Jun 1974SPD
4.Walter Scheel1 Julai 197430 Jun 1979FDP
5.Karl Carstens1 Julai 197930 Jun 1984CDU
6.Richard von Weizsäcker1 Julai 198430 Jun 1994CDU
7.Roman Herzog1 Julai 199430 Jun 1999CDU
8.Johannes Rau1 Julai 199930 Jun 2004SPD
9.Horst Köhler1 Julai 20042010CDU
10.Christian Wulff20102012CDU
11.Joachim Gauck20122017Bebas
12.Frank-Walter Steinmeier2017(Kini)SPD

¹ Perhatikan walaupun seseorang presiden selalunya pernah menganggotai sebuah parti politik sebelum menjawat jawatan ini, dalam Perkara 55 Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman, penjawat diminta tidak memegang jawatan lain, tidak bergiat aktif dalam kerjaya lain atau menganggotai mana-mana pertubuhan. Oleh yang demikian, semua Presiden Persekutuan telah meninggalkan parti politik mereka dan tidak menyertai kegiatan mana-mana parti politik sepanjang tempoh jawatannya.

Rujukan

  1. "Wie wird der Bundespräsident bezahlt?". www.bundespraesident.de.
  2. Didasarkan gelaran rasmi dalam negara: Bundespräsident dan Bundesrepublik Deutschland - Foreign Office of the Federal Republic of Germany (1990). German Institutions. Terminological Series issued by the Foreign Office of the Federal Republic of Germany. Volume 3. de Gruyter. m/s. 28. ISBN 978-0-89925-584-2. |volume= has extra text (bantuan)
  3. German constitutional court: BVerfG, – 2 BvE 4/13–10 June 2014, No. 28
  4. "Basic Law for the Federal Republic of Germany". Gesetze-im-internet.de. Dicapai pada 22 November 2012.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.