Parkson

Parkson ialah sebuah syarikat peruncit yang popular di Malaysia yang menawarkan barangan-barangan pada kadar sederhana. Parkson ditubuhkan pada tahun 1987 sebagai salah sebuah rangkaian peruncitan terbesar di Malaysia pada ketika itu. Gedung-gedung berjenama Parkson Grand, Parkson Ria dan Parkson Elite semuanya dikendali oleh Parkson.

Parkson Corporation Sdn. Bhd.
ڤاركسون کورڤوراشيون سنديرين برحد
IndustriRetail
Ditubuhkan1987
Ibu pejabatKlang, Selangor, Malaysia
IndukLION GROUP
Laman web rasmi
www.parkson.my


Cawangan di Malaysia

Sehingga kini, Parkson mempunyai 38 buah cawangan di seluruh Malaysia. (Barat dan Timur Malaysia).

Bendera Negeri Jumlah Gedung
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 6
Wilayah Persekutuan Labuan 1
Wilayah Persekutuan Putrajaya 1
Johor 3
Kedah 1
Kelantan 1
Melaka 2
Negeri Sembilan 2
Pahang 2
Perak 1
Perlis 0
Pulau Pinang 4
Sabah 2
Sarawak 4
Selangor 8
Terengganu 1 (Akan Datang)

Cawangan luar Malaysia

Parkson di Kemboja

Menteri Perdagangan Kerajaan Kemboja, telah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran komersial berhubung dengan penubuhan Parkson Kemboja Holdings pada 31 Disember, 2010.

Parkson di China

Selain di Malaysia, kehadiran Parkson turut terasa di China, dengan operasinya banyak tertumpu di kawasan-kawasan padat, termasuklah 36 buah gedung serbaneka berjenama Parkson dan dua buah gedung berjenama Xtra.

Parkson di Vietnam

Sehingga november 2008, Parkson kini mempunyai 6 buah gedung di Vietnam iaitu empat buah di Bandar Raya Ho Chi Minh. Manakala, di Hai Phong dan Hanoi terdapat sebuah gedung.

Pembukaan gedung Parkson di Saigontourist Plaza pada 29 Jun 2005 menandakan pintu masuk Parkson sebagai gedung terkemuka di Asia dan yang pertama bertaraf antarabangsa yang terletak di bandar Bandar Raya Ho Chi Minh.

Pautan luar

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.