Muhammad Ali Hashim

Tan Sri (Dr.) Muhammad Ali Hashim (1947-2017) merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation.

Pada 24 Mac 2010 beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (bagi bidang Keusahawanan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena konvokesyen ke-23 UUM. Ia disampaikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selaku Canselor UUM.[1]

Kerjaya

Korporat

Beliau adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Johor atau JCorp sejak 1982 hingga 2013.

Persatuan

Beliau adalah Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (2014-2017).

Meninggal dunia

Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 31 Oktober 2017[2] pada usia 70 tahun di Hospital KPJ Damansara dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Rujukan

This article is issued from Wikipedia. The text is licensed under Creative Commons - Attribution - Sharealike. Additional terms may apply for the media files.