Mohd Na'im Mokhtar
YAA Prof Adjung Dato' Setia Dr. Mohd Na'im Mokhtar (lahir 15 November 1967) adalah merupakan Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia[1] Beliau menerima watikah perlantikan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.[2]
YAA Prof Adjung Dato' Setia Dr. Mohd Na'im Mokhtar SSIS, DPMS (Selangor); AMN; BSK (Kelantan); PhD | |
|---|---|
| Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie ke-4 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia | |
| Memegang jawatan 26 Mac 2019 | |
| Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
| Didahului oleh | Dato’ Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim |
| Butiran peribadi | |
| Lahir | 25 November 1967 Kampung Baru |
| Pasangan | Datin Nik Roslini Raja Haji Ismail |
| Anak-anak | 3 |
| Profesion | Hakim dan Peguam |
![]() |
| Rencana ini sebahagian daripada siri: Politik dan pemerintahan Malaysia |
|
|
|
Portal Malaysia Portal Politik |
Beliau merupakan anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur. Mendirikan rumahtangga dengan Datin Nik Roslini Raja Haji Ismail[3] dan dikurniakan dengan 3 orang anak.
Pendidikan
Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Undang-Undang(LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom, Diploma dalam Undang-Undang Syariah dan Amalan (DSLP) dari UIAM, Diploma dalam Pentadbiran dan Kehakiman Islam (DAIJ) dari UIAM dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Di peringkat antarabangsa pula, beliau telah dilantik sebagai Malaysian Cheavening Visiting Fellow Oxford University, United Kingdom bagi tahun 2008/2009 dan Visiting Fellow di Harvard Law School, Harvard University, Amerika Syarikat bagi tahun 2012/2013.[4]
Tiga buah universiti awam telah melantik beliau sebagai Profesor Adjung. Bermula dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuatkuasa bagi sesi 2016 hingga sesi 2018 , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuatkuasa bagi sesi 2018 hingga sesi 2019 sehinggalah kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkuatkuasa bagi sesi 2018 sehingga sekarang.
Kerjaya
Beliau telah dilantik sebagai Hakim Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia pada 1 Julai 2017. Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor. Selain daripada itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Lantikan dalam jawatankuasa
Sepanjang kerjaya beliau, pelbagai jawatankuasa telah disertainya:
- Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak Sivil 2019 sehingga sekarang
- Pakar Penasihat Mualamat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 2016 – 2018
- Ahli Panel Majlis Perunding Islam Malaysia 2016 – 2018
- Ahli Jawatankuasa Kajian Penambahbaikan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Tahun 2016 – 2017
- Ahli Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Mahkamah Syariah
- Pengerusi Jawatankuasa Hakam 2015-2017
- Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie 2015 – 2017
- Pengerusi Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah 2015 – 2017
- Ahli Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor
- Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Selangor 2015 – 2017
Anugerah
Malaysia
Ahli Mangku Negara (AMN)
Selangor
Dato’ Sri Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) - Dato' Setia (2020)
Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) - Dato'
Kelantan
Bentara Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi IV) (BSK)
